Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau Terkenal Di Selatan Thailand

Jeti yang terkenal di Selatan Thailand tak lain tak bukan ialah Jeti Pak Bara Satun. Lokasi Jeti ini adalah untuk pengunjung samada pelancong dalam negeri atau pelancong asing untuk ke Pulau terkenal seperti Koh Lipe, Kot Taratao, Koh Adang, Koh Rawi dan banyak lagi pulau-pulau menarik di Laut Andaman.

Untuk info, Laut Andaman ini bersambung dengan Selat Melaka. Jadi, kalau dari Langkawi, ramai pelancong boleh terus ke Koh Lipe, Koh Adang, Koh Rawi dan sekitar pulau ini, tak perlu memasuki Sempadan Wang Kelian.

Baca : Taman Negara Tarutao Di Pak Bara Satun Thailand

 


Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau Terkenal Di Selatan Thailand

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau
 

Kedudukan Pak Bara Pier (Jeti Pak Bara) terletak kira-kira 122km dari bandar Hatyai. Jika anda menaiki pesawat dan mendarat di Lapangan Terbang Hatyai, anda perlu mengambil sekitar 2 jam perjalanan untuk ke Pak Bara Pier.

Tetapi, jika memandu terus dari Sempadan Malaysia, Wang Kelian, boleh terus memandu dengan lebuhraya tanpa tol hingga ke Pak Bara dengan mengambil masa selama 1 jam 15 minit, sejauh 74km sahaja.

Baca : MrJocko dan Koh Lipe di Thailand

Sepanjang jalan besar dari Wang Kelian ke Pak Bara, ada banyak kedai-kedai Makanan Halal Muslim kerana kawasan Selatan Thailand seperti Satun adalah penempatan ramai orang Islam di Thailand.

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau
Tiket Masuk ke Tarutao National Park

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau

Jeti Pak Bara Satun Thailand Untuk Ke Pulau

Kalau nak singgah di Taman Laut seperti Tarutao National Park di Thailand ini, setiap pelancong akan dikenakan bayaran masuk. Untuk rakyat Thailand, dewasa THB40 dan kanak-kanak THB20. Untuk pelancong asing, dewasa dikenakan bayaran THB200 dan kanak-kanak THB100. Bayaran ini adalah untuk kos operasi pemuliharaan dan penjagaan taman laut di Thailand.

Tambang bot dari Jeti Pak Bara ke pulau-pulau sekitar Tarutao National Park Thailand ini sekitar THB500 hingga THB600 mengikut destinasi pulau yang anda nak pergi. Tak perlu risau, ada banyak perkhidmatan bot dari Pak Bara Pier, Satun ini beroperasi setiap hari. Kalau nak ambil feri dari Pak Bara menuju ke Koh Lipe dan kemudian ke Langkawi pun tak jadi masalah.

Untuk carian pakej pulau-pulau yang menarik dan murah sekitar Thailand, boleh semak di pakej murah Klook ini :

Klook.com

Kalau nak tengok jadual feri dan boat transfer dari Pak Bara Pier, semak link pautan ini.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.