Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Geng-geng yang duduk sekitar Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu boleh la try tempat popular ni. Kami sendiri, cecah je tanah Kelantan, terus ke restoran ini. Sekeluarga, datang untuk Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh. Antara restoran yang menyediakan menu Hipster dekat rumah kami. Menu anak muda terkini, pilihan makanan western food, kek bingsu dan juga kopi hipster.

Terletak di Bandar Baru Pasir Puteh, restoran yang berkonsepkan warna putih ini sangat senang untuk dicari. Kawasan parkir yang luas, bangunan yang besar dan dekat dengan jalan besar. Ruang makan yang luas, selesa, dekorasi yang agak moden. Pendek kata, restoran ini sangat menyenangkan. Jika anda ada di sekitar bandar baru ini, pasti akan perasan bangunan yang terletak di corner lot bangunan.

Nota : Gambar-gambar Di Ambil Dengan Kamera Galaxy S22 Plus

Baca : Kek Paling Sedap

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

 


Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh
 

Mak, sejak pandai makan makanan western ni, suka dengan Chicken Chop. So, memang chicken chop crispy la pilihan dia. Menu lain kami cuba termasuk burger ayam, chicken grilled chop, strawberry bingsu, beef nacho dan banyak lagi.

Wah!!! Menu kat sini boleh tahan deko plating, cara hidangan memang terbaik. Harga yang tak mahal, puas hati boleh dapat cuba menu kat sini.
 

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh

Review Makan Jiwa Kopi Bingsu Cafe Pasir Puteh
 

Semua sedap, semua ada rasa antarabangsa. Sebab itu, kami sangat mengesyorkan korang untuk mencuba menu di Jiwa Kopi & Bingsu Cafe Pasir Puteh.

Kalau anda jenis sukakan Makanan Western, pasti kami akan kata Chicken Chop dia terbaik, dengan harga bermula RM15.00 sahaja. Jika nak cuba Bingsu, ambil Strawberry Bingsu yang sedap dan cukup untuk dikongsi beberapa orang. Kalau nak cuba air Lemon, cuba Hot Tea Lemon dia, memang berbaloi. Kalau anda tak suka minuman manis, jangan risau, air mineral di sediakan percuma sahaja.

Informasi :

Kopi Jiwa & Bingsu ialah sebuah perusahaan kecil sederhana yang beroperasi di Malaysia pada November 2019 dan telah diasaskan oleh Mohd Adam Daniel, Mohd Anuar dan Mohd Azman. Nama syarikat ini meletus secara spontan kerana menjiwai bahasa Melayu tempatan. Kafe ini ditubuhkan untuk memberi keutamaan kepada fresh graduate kerana ingin memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Adalah penting untuk mempunyai pengalaman sebagai pelajar dalam menjalankan kajian kes untuk aktiviti perniagaan sebenar.

Kredit : Case Study – UITM Akmar, Nursyafika Syazani

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.