Jocko Go Online
|Tadi, masa lunch, kebetulan Azam nak g tukar Modem Streamyx, (baru daftar minggu lepas, dah rosak) so, aku join dia, pasal nak daftar streamyx gak. Memandangkan keja aku, more on online, i hav to register internet at home.
Lunch hour, kluar awal sket, kami jalan je ke Bukit Mahkamah, kat area Muzium Telekom. Sampai jer, aku ambik no & isi form. Tgh duk tunggu, aku tgk sorang oficer kat kaunter, panggil aku dgn tangan jer. (Maklumla jauh, takkan dia nak jerit lak). Aku amati, memang aku tak kenal dia, sah. Skali aku pandang blakang, xder org lain, so, aku confirmkan dia dgn tunjukkan kat aku, dia angguk. Ini sudah bagus, tak payah beratur.
Sampai jer kat kaunter dia mintak borang, tanya aku nak daftar streamyx baru? Aku kaya yes… Then dia just mintak ic aku, for fotocopy then dia ckp nanti dia akan buat. Isk, senang la pulak. Tak silap aku, kena tunggu, pastu ambik modem…. Aku pun malas nak ckp byk, aku iyakan ajer. Selepas byr bil tel umah aku, aku gerak , makan kat Lorong Jln Bandar. Nak pekena Sup Tulang, tapi, dah abis daa…
Nak tak nak, lapar punya pasal, aku order Mee Sup, Azam order Mee Goreng Mamak. Punya la bengang aku, Azam punya, makan dah nak abis, aku baru sampai. Lama gila tunggu bagi semangkuk Mee Sup. Agaknya, tu la kali pertama dan terakhir aku ke sana. Sedih aku, pasal apa, pasal yg niaga tu Makcik bangsa aku jugak, Melayu. Meniaga, tapi servis dia, FAILED.