Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jog’s and Orchid Garden Visit

Taman Botani Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur
Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Lama dah tak ke Lake Garden, Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur jog sambil sarapan Mee Sup. Lepas posa, dah dekat seblan dah tak pegi jog. Kang berlemak2 kat perut aku nih, susah lak nak pakai suar size 30.

Taman Botani Taman Tasik Perdana Kuala LumpurTaman Botani Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Kebetulan adik aku baru sampai dari UiTM 2 – 3 hari lepas, senang sikit nak jalan2. Pukul 7.00am lagi kitaorang dah siap, ready nak pergi jogging. Sampai Tasik Perdana, kami sarapan Mee Sup dulu. Fuh! best ooo, sekali sekala lepak situ. Sambil duduk tengok budak2 main kat playground.

Pastu, pergi layan Khalish & Kiki main buai & bawak diorang naik keta “SHUTTLE TRAIN” DBKL pusing satu Lake Garden. Kena bayar la sikit RM0.50 sorang. Murah kan??? Kalau macam ni, boleh untung ke DBKL ni?

Alang-alang dah sampai sana, kami duk pusing kat Tasik, Sangkar Rusa, Taman Orkid, pastu masuk pusing balik dan stop kat Stesen tengah2 Lake Garden. Kira puas hati jugak la.

Nak balik, aku singgah kat Taman Orkid di Taman Tasik Perdana. Banyak pilihan pokok orkid rupanya kat sini. Sebab banyak yang cantik, kami beli 2 – 3 anak pokok Orkid. Murah n banyak choice. Tak tau lak aku kat sini diorang jual orkid… Comey2 n byk kaler.

Nak bunga Orkid yang comey skali ader,,, lebey kurang RM60 sepasu, yang Rm100 pun ader. Aku ambik yang murah jer, takut pelihara kejap, mati, sio-sio jer rugi. hehehe…

 

 

Taman Botani Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Taman Botani Taman Tasik Perdana Kuala LumpurTaman Botani Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.