Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jom Lawat Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang

Alang-alang dah sampai di Kundasang, anda mesti singgah di satu tempat menarik di Sabah. Jom Lawat Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang yang memang terkenal sejak dulu. Selain pemandangan menarik, ia menawarkan beberapa pakej percutian dan penginapan terbaik untuk anda.

Sejak dulu Kinabalu Park World Heritage Site terkenal kerana menjadi tapak permulaan kepada ramai pendaki untuk naik ke puncak Gunung Kinabalu. Samada anda nak naik puncak melalui Mesilau Trail atau Timpohon Trail, singgah la sini dulu.

Baca : Kisah Penggambaran Travelogue Nota Kembara Bersama MrJockoa

Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang

Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang

 

Kinabalu Park terletak di Sabah dan berada di kaki Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu merupakan salah satu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 4,095 meter. Kinabalu Park World Heritage Site pula telah ditubuhkan sebagai salah satu taman negara yang pertama Malaysia pada tahun 1964.

Tapak Warisan Dunia Kinabalu Park ini dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna yang antaranya adalah dari lebih 4 zon iklim. Gunung ini terkenal dengan pelbagai tumbuhan dan orkid spesies karnivor, yang paling terkenal seperti terutamanya Nepenthes . Ia juga merupakan rumah kepada pelbagai spesies haiwan endemik, termasuk Kinabalu Giant Red Leech dan Kinabalu Giant Earthworm.

 

Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang

Jom Lawat Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang Jom Lawat Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang Jom Lawat Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang
 

Suasana tenang, sejuk dan memukau mata membuatkan ramai pelancong terpesona bila melawat Kinabalu Park. Tidak hairan kalau ramai pelancong memang impikan untuk menginap di sekitar kawasan Kinabalu Park.

Sewa harga bilik lodge, homestay atau hotel di sekitar Kinabalu Park tidak la mahal. Anda boleh dapatkan pakej serendah dari RM78 untuk seorang. Kalau nak pakej yang mewah pun ada, bergantung kepada bajet percutian anda.

Tiket masuk ke Kinabalu Park ialah RM3 untuk Dewasa dan RM1 untuk Kanak-kanak. Untuk bukan warganegara RM15 Dewasa dan RM10 Kanak-kanak. Kalau anda memandu, anda boleh memandu hingga ke tapak Tugu Peringatan mangsa gempa bumi yang telah berlaku pada tahun 2015.
 

Jom Lawat Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang
 

Untuk anda yang mungkin belum pernah berkesampaian untuk datang ke sini, Kinabalu Park juga mempunyai satu tugu khas. Tugu ini memperingati 18 mangsa korban akibat gegaran gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu pada jam 7.15 pagi, bertarikh 5 Jun 2015. 

AlFatihah buat korban yang beragama Islam dan Takziah kepada korban yang bukan beragama Islam.

 

kinabalu_park_world_heritage_park kinabalu_park_world_heritage_park

Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.