Jom Lawat Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang
Alang-alang dah sampai di Kundasang, anda mesti singgah di satu tempat menarik di Sabah. Jom Lawat Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang yang memang terkenal sejak dulu. Selain pemandangan menarik, ia menawarkan beberapa pakej percutian dan penginapan terbaik untuk anda.
Sejak dulu Kinabalu Park World Heritage Site terkenal kerana menjadi tapak permulaan kepada ramai pendaki untuk naik ke puncak Gunung Kinabalu. Samada anda nak naik puncak melalui Mesilau Trail atau Timpohon Trail, singgah la sini dulu.
Baca : Kisah Penggambaran Travelogue Nota Kembara Bersama MrJockoa
Kinabalu Park World Heritage Site Di Kundasang
Kinabalu Park terletak di Sabah dan berada di kaki Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu merupakan salah satu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 4,095 meter. Kinabalu Park World Heritage Site pula telah ditubuhkan sebagai salah satu taman negara yang pertama Malaysia pada tahun 1964.
Tapak Warisan Dunia Kinabalu Park ini dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna yang antaranya adalah dari lebih 4 zon iklim. Gunung ini terkenal dengan pelbagai tumbuhan dan orkid spesies karnivor, yang paling terkenal seperti terutamanya Nepenthes . Ia juga merupakan rumah kepada pelbagai spesies haiwan endemik, termasuk Kinabalu Giant Red Leech dan Kinabalu Giant Earthworm.
Suasana tenang, sejuk dan memukau mata membuatkan ramai pelancong terpesona bila melawat Kinabalu Park. Tidak hairan kalau ramai pelancong memang impikan untuk menginap di sekitar kawasan Kinabalu Park.
Sewa harga bilik lodge, homestay atau hotel di sekitar Kinabalu Park tidak la mahal. Anda boleh dapatkan pakej serendah dari RM78 untuk seorang. Kalau nak pakej yang mewah pun ada, bergantung kepada bajet percutian anda.
Tiket masuk ke Kinabalu Park ialah RM3 untuk Dewasa dan RM1 untuk Kanak-kanak. Untuk bukan warganegara RM15 Dewasa dan RM10 Kanak-kanak. Kalau anda memandu, anda boleh memandu hingga ke tapak Tugu Peringatan mangsa gempa bumi yang telah berlaku pada tahun 2015.
Untuk anda yang mungkin belum pernah berkesampaian untuk datang ke sini, Kinabalu Park juga mempunyai satu tugu khas. Tugu ini memperingati 18 mangsa korban akibat gegaran gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu pada jam 7.15 pagi, bertarikh 5 Jun 2015.
AlFatihah buat korban yang beragama Islam dan Takziah kepada korban yang bukan beragama Islam.
Related Posts
-
Attending CourseNo Comments | Aug 2, 2007
-
Melawat Peninggalan Tokoh Hebat Di Teratak Za’ba Jempol
No Comments | Nov 26, 2016 -
Pembaharuan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu Di Pos MalaysiaNo Comments | Aug 8, 2021
-
1st and 2nd Day Raya at JBNo Comments | Oct 25, 2006
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.