Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jom Makan Buah Putrajaya 2014 Taman Warisan Pertanian

Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Jualan Buah-Buahan Tempatan JOM MAKAN BUAH PUTRAJAYA 2014 anjuran bersama PPj dan FAMA dengan kerjasama dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, akan berlangsung bermula tarikh 5 hingga 7 Disember 2014 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Taman Warisan Pertanian, Presint 2 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Karnival Jom Makan Buah 2014
Jom Makan Buah 2014 Putrajaya

 

Program yang akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam menyediakan pelbagai jualan dan aktiviti menarik untuk pengunjung antaranya: 

 

•      Pilih, timbang dan bayar (buah-buahan tempatan);

•      Gerai buah-buahan;

•      Gerai Industri Asas Tani;

•      Gerai Florikultur;

•      Gerai makanan popular;

•      Pameran;

•      Demonstrasi masakan;

•      Dan pelbagai aktiviti permainan disediakan sepanjang program Jom Makan Buah berlangsung.

 

Fakta Tentang Buah Durian
Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran “raja buah”. Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.

Fakta Tentang Buah Nanas
Nanas adalah tumbuhan tropika dengan buah yang boleh dimakan, juga dikenali sebagai nanas, dan tumbuhan paling penting dari segi ekonomi dalam keluarga Bromeliaceae. Nanas boleh ditanam dari offset yang dihasilkan di bahagian atas buah, mungkin berbunga dalam lima hingga sepuluh bulan dan berbuah dalam enam bulan berikut.

Baca : https://ohbulan.com/tak-sangka-buah-nanas-banyak-khasiat-manfaat-jom-amalkan-setiap-hari/

Fakta Tentang Buah Betik

Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput hadir ke program Jom Makan Buah Putrajaya 2014 pada hujung minggbagi memeriahkan lagi acara tersebut.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.