Site icon Travel Blogger Malaysia

Jom Pre-Order Samsung Galaxy Note7 Dan Dapatkan Gifts

Hanya beberapa hari selepas majlis Galaxy Unpacked di New York City, London dan Rio de Janeiro, telefon pintar Samsung Galaxy Note7 telah menerima pujian dari peminat dan ramai yang tak sabar untuk memilikkinya. Anda bagaimana? Teringin Nak Beli Samsung Galaxy Note7? Jom Pre-Order Samsung Galaxy Note7 Dan Dapatkan Gifts di www.samsung.com/my/note7preorder

Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari peminat seluruh dunia, Samsung Mobile mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses penghantaran model Galaxy Note7 ini keseluruh dunia.

Di Malaysia, peminat telefon pintar Samsung model Galaxy Note7 ini boleh membuat pesanan tempahan awal (pre-order) seawal hari Isnin, 8 Ogos 2016 akan datang pada jam 10.00 am waktu Malaysia.

Khas buat mereka yang terawal dalam pre-order Galaxy Note7 ini, mereka bakal menerima ganjaran bernilai RM957. Mereka juga akan menerima Battery Pack 10,000 mAh, Pengecas Stand Wireless dan juga diskaun eksklusif 10% yang mana ia dijual dengan harga retail di Malaysia RM3,199. Tawaran terhad mengikut terma dan syarat untuk 4,000 unit pertama sahaja.

pre order galaxy note7

Bagaimana untuk menjadi salah seroang daripada beberapa rakyat Malaysia pertama yang memiliki Galaxy Note7?

Langkah 1: Layari laman web sah untuk urusan pra pesanan di laman web www.samsung.com/my/note7preorder dan baca terma dan syarat-syarat pra pesanan sebelum meneruskan dengan pra pesanan anda.

Langkah 2: Pilih warna dan pusat pungutan Samsung terpilih daripada 74 kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Langkah 3: Buat pembayaran deposit RM300 melalui Paypal dan pastikan anda mendapat emel pengesahan tentang pembayaran tersebut.

Langkah 4: Singgah di mana-mana outlet Samsung pilihan anda diantara 18 – 21 Ogos 2016 dan buat pembayaran baki untuk mengambil unit pesanan anda.

Spesifikasi asas Galaxy Note7 ialah dengan mempunyai rekaan yang halus, pemprosesan yang laju dan skrin besar dan jelas, bahan-bahan premium dan reka bentuk unik simetri, tahan air dan tahan habuk dan fungsi S Pen yang dipertingkatkan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pre-Order Galaxy Note7, sila layari www.samsung.com/my/note7preorder. Promosi pre-order adalah terhad kepada 4,000 unit terawal dan konsep siapa cepat dia dapat. 

Exit mobile version