Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

JPO Lokasi Wajib Shopping Di Johor

Sebut sahaja Johor Premium Outlet atau JPO mesti ramai dah tahu kat sini antara lokasi yang wajib di lawati kalau anda berada sekitar Johor Bahru. Apa yang ada di Johor Premium Outlet atau JPO ni? Betul ke ada banyak barang branded murah dijual di JPO?

Untuk info, di sini, ada lebih 80 Outlet premium, butik, kedai dan kiosk premium atau dikatakan istilah ‘branded’ yang menawarkan harga yang murah dan terbaik untuk anda semua. Sesetengah musim, di JPO ia akan menawarkan harga jualan murah dengan tawaran diskaun sehingga 90% dan ia memang sesuatu yang menarik pengunjung kalau berada di Johor Bahru.

Antara butik yang menjadi pilihan MrJocko kalau di JPO ialah Padini, Nike, Puma dan Levis. Jenama lain seperti Coach, Polo, Oroton dan jenama eksklusif lain bukan tak minat, tetapi masih belum mampu milik 🙂

Oh ya, antara yang paling menarik perhatian kat sini selalunya Butik Coach. Ramai pelanggan selalu beratur untuk melihat produk terbaru dan terkini dalam butik Coach ni. Kadang-kadang kalau ada sales di butik Coach, sudah pasti lagi ramai yang beratur untuk membeli belah.

Oh ya, kalau anda nak datang ke JPO (Johor Premium Outlet) ini mudah sahaja. Ambil highway LINK Kedua, terus memandu sehingga anda akan jumpa signboard besar membawa anda ke lokasi JPO di Johor Bahru ini. InsyaAllah dengan ada signboard ke JPO ini, mudah sahaja untuk di cari. Happy shopping yer.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.