Juadah Berbuka Di Restoran Tirai Ratus Seksyen 3 Shah Alam
|Buat pertama kali bulan Ramadhan kali ni, MrJocko singgah berbuka secara Buffet di Restoran Tirai Ratus Seksyen 3 Shah Alam. Pakej yang ditawarkan kira murah berbanding harga biasa, RM19.90 sahaja bagi setiap dewasa, murah kan?
Walaupun jauh, ke Shah Alam tak jadi masalah kerana kebetulan hari tu, Sabtu, MrJocko buat kelas untuk group MrJocko di Seksyen 15 Shah Alam. Dah sampai sana, baik berbuka di Shah Alam terus kan?
Juadah Berbuka Di Restoran Tirai Ratus Seksyen 3 Shah Alam
Di Tirai Ratus Shah Alam ni banyak menu yang disediakan. Antaranya, Nasi Beriyani Kambing yang sedap. Ayam Masak Kurma, Ayam Goreng, Gulai Kampung, Ikan Tenggiri Berlada, Daging Lemak, dan juga sayur-sayur pakis dan kangkung.
Kuih pun ada banyak jenis seperti onde-onde, kuih pelita, karipaps, sagu dan juga agar-agar. Ada pencuci mulut bubur dan juga manisan lain. Di tambah Air Bandung Cincau dan Cincau, memang best.
Berbaloi makan disana dengan harga cuma RM19.90 setiap dewasa di bulan puasa. Sedap dan sangat kenyang. Oh lupa, untuk kanak-kanak di bawah 7 tahun perlu bayar RM18.00 tiada diskaun. 😉
InsyaAllah, Kalau ada peluang, boleh singgah makan lagi di Restoran Tirai Ratus Shah Alam.
nyummy..lapaq ni! 🙂
banyak gak lauk pauk tue… berbaloi la harganya
Berbaloi2
murah sungguh…nanti boleh mencuba..
murah, jimat dan sedap