Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jualan Mood Republik PWTC Tak Da La Murah

Rasanya karnival beli belah yang diberi nama jualan Mood Republik Di PWTC adalah antara konsep yang mengumpulkan ramai peniaga Muslim dan produk muslim. Banyak pilihan juga bila singgah di jualan Mood Republik, tapi tak da la murah sangat.

Rata-rata harga jualan masih lagi harga biasa. Sesetengah kedai memang ada jual jubah, baju kurung dan tudung murah, tetapi kebanyakkannya design yang lama.

Baca : Jualan Sale Murah Murah Promosi Hebat

 


Jualan Mood Republik PWTC

promosi-mood-republik-pwtc
 

Kalau tidak silap, ini kali kedua MrJocko singgah di jualan Mood Republik selepas beberapa tahun lepas rasanya di Bangunan MATRADE. Kalau nak dibandingkan, rasanya di sana lebih senang nak parkir, ruang yang agak luas berbanding di Mood Republik PWTC.

Kalau nak kira dari segi jumlah Vendor yang turut serta dalam jualan Mood Republik ini, MrJocko sendiri tak tahu. 

 

 

image

Jualan Mood Republik PWTC

 

 

Sepanjang pemerhatian MrJocko, paling banyak adalah jualan baju raya untuk perempuan. Pelbagai jualan baju Jubah, Kurti, Baju Kurung, tudung, shawl dan macam-macam lagi. Untuk lelaki ada banyak pilihan baju melayu dan jubah. Kasut dan beg tangan perempuan pun ada, tetapi tidak banyak sangat pilihan. Oh ya! Kuih raya dan gerai jualan gajet pun ada di sana.

Untuk anda yang belum sempat ke sini, masa perniagaan Mood Republik ini akan berlangsung selama 24 jam dan akan tamat pada jam 10.00 pagi, pada Isnin, 27 Jun 2016. Kalau anda masih nak singgah, boleh ke sana malam ini atau awal pagi nanti.

 

 

Jualan Mood Republik PWTC Tak Da La Murah

 

Jualan Murah di Mood Republik PWTC?

Sejak ia mula beberapa hari yang lepas, kawasan sekitar PWTC memang sesak dengan kenderaan. Kalau nak ke sana, sebaiknya gunakan motor atau pengangkutan awam seperti Komuter atau LRT. kalau ada Motor, lagi senang nak parkir PERCUMA.

Bagi yang bertanya, Yes, memang jualan Mood Republik PWTC kali ini sesak dengan kunjungan warga Kuala Lumpur dan sekitarnya untuk membeli belah. Tambah lagi, peraduan LUCKY DRAW katanya untuk belian melebihi RM190 dalam satu resit akan mendapat 1 Borang Entry untuk cabutan bagi memenangi sebuah kereta Mercedes Benz SLK 200. Wow!!!

Nak datang atau nak shopping kat Mood Republik terpulang lah kepada anda. Dari segi harga, rasanya biasa sahaja, tidak lah murah mana pun. Cuma, kalau shopping kat sini, tidak lah panas seperti shopping di Jalan TAR. 🙂

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.