Site icon Travel Blogger Malaysia

Julin Xuan – Famous Padang Curry Fish Head

mcD_slurpy08
Kami ke sini lagi, Kari Kepala Ikan yang terkenal di Uptown Damansara, Julin Xuan.
Dah lama kedai ni ada kat sini, masa aku mula-mula datang KL lagi, tahun 1999, kedai ni dah beroperasi. Pekerja dah ramai bertukar-tukar, tokeh kedai jer tetap sama :).
Resipi Kari Kepala ikan kat sini lain sikit dari kari kepala ikan kedai Mamak. Ini kerana curry yang digunakan agak lembut dan menggunakan kepala ikan Merah. Harga korang boleh tengok kat signboard. Murah jer pun tak seperti harga di restoran Mamak.
Selalu kalau ke sana aku beli untuk 3 orang = RM19.00 sahaja. Tambah 3 nasi dan juga beli lauk lain seperti sup atau sotong goreng, plus air semua tak sampai RM40 pun untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Masih lagi murah kan?
Pasa sesiapa yang mencari menu dan resipi kari kepala ikan yang best, boleh cuba Julin Xuan ni. Pergi jer Uptown Damansara, korang akan jumpa. Senang je pun nak cari pasal kedai ni duk kawasan hawkers yang banyak-banyak dan di corner lot sahaja. Selamat mencuba yer

MrJocko.com

Exit mobile version