Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jurulatih Dan Pengurus Baru Harimau Malaysia

Jurulatih Baru Harimau Malaya
 
Selepas kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk K Rajagopal sebagai Jurulatih Bolasepak Harimau Malaya, kini nampaknya FAM (Football Association Malaysia) sudah mengumumkan perlantikkan Jurulatih dan Pengurus baru bagi pasukan Harimau Malaysia.
Pengurus PDRM dan juga lagenda bolasepak Pahang dan Malaysia, Dolah Salleh telah dipilih untuk menjadi Jurulatih baru pasukan Harimau Malaya. Sementara Presiden FA Sarawak Datu Sodarsonu dilantik menjadi Pengurus Pasukan Harimau Malaysia.
Betul kata ramai peminat, mungkin lagenda bolasepak juga yang akan menaikkan kembali mutu permainan bolasepak Malaysia.
Secara peribadi Dolah Salleh memang banyak kali membuktikan bahawa pasukan yang dibimbingnya berjaya dalam banyak aspek. Semoga Dolah Salleh akan membuktikan sekali lagi bahawa beliau mampu membimbing pasukan Harimau Malaya ke peringkat antarabangsa.
Tahniah untuk Dolah Salleh dan Datu Sodarsonu. Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko
 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.