Kabare Jakarta Trip Part 3 – Pengalaman Menaiki Bas Damri
|Plan asal nak naik Teksi ke Stesen Gambir, tetapi oleh kerana terlalu mahal, kami terpaksa menaiki BAS Damri, bas antara bandar yang ada di airport. Bas yang MrJocko maksudkan ini terkenal di Jakarta dan dipanggil DAMRI.
Dari airport, Bas Damri ini punya banyak lokasi yang boleh pengguna tuju termasuk ke Stesen Keretapi Gambir. Harga tambang tiket dari Airport Soekarno Hatta Terminal 3 ke Stesen Gambir hanya Rp25,000 setiap tempat duduk. Murah sahaja.
Yang tak best, masa menunggu bas Damri yang akan ke Stesen Gambir terlalu lama, sekitar 45 minit. Sayang pasal terlepas untuk naik keretapi yang di jadualkan jam 3.50 petang di Stesen Gambir. Terpaksa naik keretapi seterusnya pada jam 5.50 petang.
Tetapi, yang bestnya, walaupun nampak biasa, tetapi bas antara kota Damri ini menyediakan perkhidmatan WIFI PERCUMA di dalam bas,,, yeayyy!!! Boleh la guna wifi sementara sejam perjalanan dari airport ke Stesen Gambir. Teruja sekejap, pasal kat Malaysia, rasanya takda bas seperti itu yang menyediakan WIFI Percuma… kan???
Tempat duduk pun selesa dan pemandu hanya membawa muatan secukupnya. Tiada penumpang lebihan atau yang berdiri. Jadi, kalau dari airport Soekarno Hatta, Terminal 3 ke Stesen Gambir, MrJocko mencadangkan anda untuk menaiki Bas Damri ke sana. Selesa, murah dan cepat. 🙂