Site icon Travel Blogger Malaysia

Produk Tempatan Greece Kacang Pistachio Terkenal Di Aegina

Destinasi terakhir masa naik Cruise, kami singgah di Pulau Aegina. Di sini lah MrJocko lihat produk Aegina yang terkenal. Kalau nak tahu, Produk Tempatan Greece Kacang Pistachio Terkenal Di Aegina. Ia antara produk jualan utama kepada pelancong tempatan dan antarabangsa jika berkunjung ke Aegina.

Kacang Pistachio yang merupakan ahli keluarga cashew. Ia adalah sebuah pokok kecil yang berasal dari Asia Tengah dan Timur Tengah. Pokok ini menghasilkan biji-bijian yang banyak digunakan sebagai makanan. Semestinya, ia dikategorikan sebagai kacang premium dan memang mahal di pasaran.

Baca : Pengalaman Naik Bot dan Cruise Travel Blog Malaysia

 


Kacang Pistachio Terkenal Di Aegina

Produk Tempatan Greece Kacang Pistachio Terkenal Di Aegina
 

Ketika MrJocko menaiki pelayaran Evermore Cruise ke 3 buah pulau di Teluk Saronic, Greece, kami singgah di pulau terakhir yang diberi nama Aegina. Pulau ini terkenal dengan buah kacang Pistachio yang di tanam di pulau ini.

Mengikut cerita, kemasyuran dan kenakkan kacang Pistachio di Greece ini dari zaman Aristotle membawa kepada zaman Alexander The Great (Iskandar Zulkarnain).

Kacang Pistachio di Aegina ini dikategorikan kepada dua jenis iaitu “kilarati” dan “nyhati”. Kacang ini antara yang pertama Aegina. Pokok Pistachio mula ditanam besar-besaran di Aegina sejak hujung 19th century dan selepas ini baru merebak sehingga ke Attica dan ke seluruh negara Greece.

 

 

Jenis kacang Pistachio di Aegina ni agak kecil berbanding kacang Pistachio yang biasa MrJocko makan di Malaysia. Kalau tak silap, kacang pistachio di Malaysia diimport dari negara Asia dan Turki. Mungkin jenis kacang Pistachio di Aegina dan Iran berbeza.

Kebiasaan kalau kita makan Pistachio, buah agak bulat, kulitnya memang keras dan biji kacang berwarna hijau dan agak besar. Tetapi kacang Pistachio di Aegina buah kacang lebih bujur, kulit agak lembut dan biji kacang yang agak kecil.

 

 

Kalau nak lihat harga Pistachio di Aegina, boleh semak laman web ini : http://www.greekshops.com/detail.aspx?ProdID=5204294286385

Ada banyak kedai jual Pistachio di Aegina. Harga di sini lebih murah berbanding di Athens. Kalau tak silap, cuma EUR5 (MYR25) untuk satu paket yang seberat 360gram. Tapi memang beli 2 peket, satu yang ada garam dan satu lagi rasa original.

Ini dia senarai harga Pistachio dan beberapa produk tempatan Aegina yang di jual di sini. Nak baca tak pandai sebab semua dalam bahasa Greek.

 

 

Secara peribadi, kacang Pistachio di Aegina, Greece ini boleh dibeli kalau korang melancong ke Athens. Harga memang murah. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan kacang Pistachio di Malaysia, ia kurang sedikit.

Kalau nak baca lagi tentang Athens, layari link ini http://www.mrjocko.com/tag/athens

Exit mobile version