Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kad FIMM Baru Saya

Setelah sebulan menunggu akhirnya ‘lesen’ MrJocko sebagai Perunding Unit Amanah (UTC) Berlesen sampai ke postbox mingu lepas. Kad FIMM lama rosak akibat terendam di dalam air. Terpaksa mohon kad FIMM ganti.

Kad FIMM ini perlu dibawa setiap masa dan ditunjukkan kepada klien kami untuk memberitahu mereka yang kami adalah pakar dalam perundingan kewangan unit amanah. Kad lesen dari Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) ini merupakan lesen untuk MrJocko meneruskan kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah yang berkelayakkan.

Kad lesen ini diperolehi setelah kami, UTC lulus dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak FIMM dan melayakkan kami memberi servis rundingan perancangan kewangan kepada klien kami.

Untuk mereka yang berminat mendapatkan kad lesen perunding unit amanah dari FIMM ini, boleh menghubungi MrJocko untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.