Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unik Kad Pengenalan Haiwan Malaysia Pencinta Kucing

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan kesayangan seperti hamster, arnab, kucing, anjing, ayam, kuda, lembu, kambing dan sebagainya mungkin anda berminat untuk dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia. Ia merupakan Kad Identiti unik untuk setiap haiwan dan setiap haiwan yang terlibat dalam proses Kad Pengenalan Haiwan ini mempunyai identiti tersendiri.

Kad Pengenalan Haiwan Malaysia ini di tawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk memudahkan Tuan Punya haiwan mengenal pasti identiti haiwan mereka jika berlaku perebutan atau isu-isu berbangkit. Kad Pengenalan Haiwan ini bertindak seperti passport yang akan menjadi dokumen khas haiwan peliharaan.

Ia memang unik dan mungkin akan menjadi satu identity kepada haiwan peliharaan anda. Ini mungkin akan menjadi tanda kepada setiap pemilik haiwan bahawa mereka amat sayang kepada haiwan peliharaan mereka.

 



 

Unik Kad Pengenalan Haiwan Malaysia Pencinta Kucing

kad-pengenalan-haiwan-kucing

Kad Pengenalan Haiwan Malaysia
Kad Pengenalan Haiwan Malaysia

Kad Pengenalan Haiwan Malaysia

Kad Pengenalan Haiwan Malaysia

Bagaimana Proses Untuk Dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia?

Anda boleh bawa haiwan peliharaan anda ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan melakukan proses pendaftaran ini. Ia bermula dengan pengesahan jenis baka haiwan, rekod kesihatan, nama dan tuan punya, gambar dan juga prosea penanaman CIP Khas pada haiwan tersebut sebagai identiti unik mereka sepadan dengan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia.

Kos ini biasanya hanya dikenakan sekitar RM25 sahaja dan ia akan menjadi identiti haiwan kesayangan anda selamanya.

Bagi yang ingin berbuat demikian dan dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia, boleh hubungi atau kunjungi terus Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Malaysia yang berhampiran. Sebaiknya dapatkan info lanjut tentang waktu operasi di Jabatan Perkhidmatan Vaterinar berkaitan untuk memudahkan urusan pendaftaran Kad Pengenalan Haiwan anda.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.