Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kadar Pemberian Dividen KWSP Sejak 2000 Hingga 2013

Kadar Pemberian Dividen KWSP Sejak 2000 Hingga 2013. Itu yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencarum di dalam KWSP. Setiap pekerja yang tertakluk kepada Undang-undang Buruh di Malaysia wajib mempunyai Akaun EPF (KWSP). Kebanyakkan pekerja akan mempunyai akaun KWSP yang datang dari caruman bulanan hasil dari kombinasi caruman gaji pekerja itu sendiri dan caruman dari syarikat.

Ramai pencarum pasti nak tahu berapa kadar dividen yang diberikan oleh KWSP kepada pencarum untuk rujukan mereka. Kalau banyak, pasti akan menggembirakan semua orang.

Baca : Pengeluaran Wang KWSP Untuk Kecemasan

 


Kadar Pemberian Dividen EPF Sejak 2000 Hingga 2013

Dividen KWSP 2000 - 2013
Kadar Pemberian Dividen EPF Sejak 2000 Hingga 2013

Oleh kerana KWSP juga mempunyai pelaburan yang tersendiri, maka setiap tahun KWSP akan memberikan dividen kepada pencarum EPF dengan kadar jaminan minima 2.5% setiap tahun. Ini semua tertakluk kepada Akta KWSP 1991.Untuk pengagihan kadar dividen EPF pada tahun 2013, ia mencipta sejarah kerana mencapai tahap dividen tertinggi sejak tahun 2000.

Rekod paling tinggi dividen EPF ialah pada tahun 1983 hingga 1987 yang mana ia mencatat dividen 8.5% setiap tahun.

1. Harapan semoga dividen EPF akan naik sehingga 8% tahun depan kerana secara perbandingan mudah, jika ASB boleh beri sekitar 8% setahun, kenapa KWSP tidak boleh ???

2. Mohon pihak KWSP menimbang untuk memberikan perlindungan Takaful kepada pencarum kerana setakat hari ini, seandainya contoh, seseorang pencarum menyimpan RM100,000 dalam KWSP, sekiranya beliau meninggal, pewaris hanya layak tuntut RM100,000 nilai simpanan dicampur dengan dividen yang ada. Sekiranya ada sedikit bahagian Takaful, mungkin boleh berikan tambahan RM10,000 atau lebih mengikut kadar simpanan pencarum.

3. Baki Akaun 2 boleh di keluarkan sepenuhnya untuk urusan Mengerjakan Umrah dan Haji, sekali seumur hidup.

Maklumat Asas Kadar Dividen EPF?

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional.Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Bagaimana Cara Pengiraan Dividen Tahunan KWSP?

Dividen dikira berdasarkan kepada “Modified Aggregate Daily Balance”. Caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2020.

Berikut adalah pengiraan Aggregate Balance dengan andaian kadar dividen 5%:

Bulan Caruman Akaun 1 (70%) Akaun 2 (30%)
Baki Pembuka (1.1.2020) = RM10,000 RM7,000 RM3,000
Jan 2020 RM700 RM300
Feb 2020 RM700 RM300

Aggregate balance (Jan) = (Baki Pembuka X 31) + (Jan X 1)
Akaun 1 = (7,000 X 31) + (700 X 1)
= 217,700

Dividen (Akaun 1) = (217,700/366) X 5%
= RM 29.74

Aggregate balance (Feb) = [(Baki Pembuka +Jan) X 29] + (Feb X 1)
Akaun 1 = (7,700 X 29) + (700 X 1)
= 224,000

Dividen (Akaun 1) = (224,000/366) X 5%
= RM 30.60

Bagaimana KWSP Perolehi Keuntungan dan Isytihar Keuntungan?

KWSP mengisytiharkan pembayaran dividen tahunannya berdasarkan jumlah pendapatan daripada aset pelaburan. Pendapatan ini termasuk rosot nilai, kos pelaburan dan kos-kos lain yang berkaitan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.