Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kadar Kenaikkan Tol Lebuhraya Malaysia Bermula 1 Januari 2014

Soseh-soseh berita kenaikkan kadar tol di lebuhraya seluruh Malaysia pada Januari 2014 nampaknya sudah semakin jelas. Berita kenaikkan ini sudah terpampang di dada akhbar tempatan menyaksikan kenaikkan dari 50 sen sehingga RM2.00, bergantung kepada lokasi lebuhraya.

Banyak juga lebuhraya ber’tol’ yang selalu MrJocko guna seharian. Nampaknya kenaikkan kadar tol lebuhraya tahun 2014 ini akan memberi kesan lagi ke atas kos operasi MrJocko.

 

Antara lebuhraya yang MrJocko selalu guna termasuk lebuhraya Damansara, LDP, Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Pantai dan juga termasuk Plaza Tol Batu Tiga.

Paling terasa kadar tol Lebuhraya Pantai yang naik dari RM1.50 kepada RM3.00, kenaikkan 100% ini nampak macam terlalu tinggi. Kalau sehari lalu area sini dua kali dan jadikan kos RM6 hanya untuk Tol jarak sekitar 3 kilometer sahaja. Pergh!!! Mahal tu…

So, bersedialah dengan kenaikkan kos sara hidup yang lain sekiranya perlaksanaan kenaikkan kadar tol lebuhraya Malaysia ini dilaksanakan pada awal Januari 2014. Kena cari duit ekstra nampaknya untuk tampung kos kenaikkan kadar tol lebuhraya ini.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.