Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kadar Premium Insurans Dan Takaful Naik Mulai Esok 15 Februari 2013

Tahun lepas, kadar premium insurans atau takaful bagi kenderaan ini sudah naik. Kalau tak silap bulan Februari menurut member MrJocko. Mulai esok, 15 Februari 2013, sekali lagi kadar premium insurans atau takaful kenderaan ini akan naik sekali lagi. Dengan kenaikkan kadar insurans dan takaful tersebut, pengguna akan membayar mengikut kadar premium insurans atau takaful yang baru. 
Menurut kawan MrJocko, kalau nak kira dengan mudah, bagi kadar premium kenderaan seperti kereta atau motor, anda hanya perlu menambah RM10 bagi setiap RM10,000 yang di’insurans’kan. Kalau nak pengiraan yang betul, sila rujuk syarikat penanggung insurans atau takaful anda.
Bermakna, kalau tahun ini MrJocko mahu menginsuranskan kereta MrJocko dengan nilai RM50,000, maka MrJocko terpaksa menambah RM50 lagi dalam premium insurans yang akan MrJocko beli. Begitu yang MrJocko faham. 
Khabarnya kelulusan untuk menaikkan kadar premium insurans ini sudah dipohon oleh pihak PIAM sbeleum ini dan sudah dibenarkan oleh pihak Bank Negara pada tahun lepas lagi, tetapi ia baru dinaikkan pada bulan Februari ini.
Jadi, kepada yang nak perbaharui Road Tax dan Insurans atau Takaful kenderaan mulai esok, kena ingat bahawa kadar tersebut sudah meningkat. tetapi jangan risau, ada beberapa syarikat pengendali Insurans dan Takaful masih mengekalkan kadar lama sehingga awal bulan Mac 2013 nanti.
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.