Untuk mereka yang nak travel ke bandar Hatyai Thailand, anda tidak perlu risau tentang makanan halal di sana kerana di Hatyai memang ada banyak lokasi kedai makan dan restoran halal di Hatyai yang boleh anda jumpa di sekitar bandar Hatyai. Nak kongsi cerita pasalRestoran Kai Tod Daycha Hatyai Thailand.
Antara lokasi restoran Halal yang pernah MrJocko kongsi ialah di Hamid Restoran Halal Food Hatyai dan juga Kedai Kopi Di Kampung Pak BaraDestinasi Popular di Bangkok Thailand
Kai Tod Daycha Hatyai Thailand
Restoran Kai Tod Daycha Hatyai Thailand
Satu lagi lokasi restoran halal yang boleh anda singgah ialah di Kai Tod Daycha Hatyai yang terletak di tengah bandar Hatyai. Kalau nak ke sana, mungkin anda boleh sebut nama kedai atau sebut nama Jalan ‘Cheeautid Road’. Kalau tanya driver teksi, sudah pasti mereka tahu di mana Cheeautid Road, Hatyai.
Sememangnya banyak menu masakan ala Thai yang sedap di restoran Kai Tod Daycha ini dan jarang kita jumpa di Malaysia. Yang pasti, menu di restoran Kai Tod Daycha ini memang sangat sedap dan unik.
Makan malam semasa kami di Hatyai, pada hari terakhir kembara kami, kami order Tomyam, Daging Cincang Goreng, Sotong Halia serta Ikan Goreng Special. Semua menu ini memang tak pernah MrJocko cuba di Malaysia dan ini kali pertama rasa menu yang enak ini.
Review Kai Tod Daycha Hatyai
Restoran Kai Tod Daycha Hatyai Thailand ini mempunyai dua bahagian, indoor dan outdoor. Anda boleh pilih samada untuk makan di dalam restoran atau makan di ‘gazebo’ di bahagian tepi restoran untuk suasana yang lebih santai.
Kai Tod Daycha ini ada buat servis penghangtaran sekitar bandar Hatyai. Jadi kalau nak order boleh cuba call no telefon yang diberikan ini 087-2895008 dan 081-0983751.
Untuk pengalaman makan di Kai Tod Daycha, terima kasih kepada Tourism Authority of Thailand