Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kak Su Laksa Kuala Perlis Mesti Singgah Makan

Kuala Perlis bukan sahaja terkenal dengan pengangkutan jeti untuk ke Langkawi, tetapi ada menu makanan wajib yang anda mesti cuba kalau dah sampai ke sini. Inilah Food Review Kak Su Laksa Kuala Perlis Mesti Singgah Makan semangkuk dua. Ini makanan famous di Kuala Perlis.

Apa yang membuatkan Kak Su Laksa ini terkenal?

Ramai yang mengatakan bahawa menu yang ada adalah menu asli turun temurun. Laksa di sini menggunakan adunan beras asli. Pemilik asal resipi Laksa Perlis yang terkenal inilah di kenali sebagai Kak Su.

Kak Su Laksa Kuala Perlis

Kak Su Laksa Kuala Perlis Mesti Singgah Makan

 

Ni ada sedikit review tentang Kak Su Laksa Kuala Perlis – https://www.tripadvisor.com.my/Restaurant_Review-g3239595-d11826874-Reviews-Kak_Su_Laksa-Kuala_Perlis_Perlis.html

Mulanya kami nak buat penggambaran di sebuah gerai berdekatan. Tujuan kami sebanrnya nak promosi Laksa Perlis. Tapi mengejutkan bila Akak gerai tersebut cadangkan kami untuk ke Kak Su Laksa. Erm,,, memang terkenal sungguh Laksa Kak Su di Perlis ni.

Harga Kak Su Laksa biasa cuma RM4.00 semangkuk dan harga laksa special RM5.00. Selain itu, ada pulut bakar atau katanya ‘Pulut Udang’ di sini, juga antara yang menjadi pilihan pelanggan. Harga Pulut Udang ialah RM0.50 sebiji.

 

Kak Su Laksa Kuala Perlis Mesti Singgah Makan Kak Su Laksa Kuala Perlis Mesti Singgah Makan Kak Su Laksa Kuala Perlis Mesti Singgah Makan

 

 

Kalau nak cari lokasi kedai Laksa Kak Su ni, mudah sahaja. Kedai Kak Su ni, ia terletak sekitar 500 meter dari Jeti Kuala Perlis. Nak mudah lagi, cari Maybank Kuala Perlis dan bangunan kedai ini terletak di belakang bangunan Maybank. Signboard kedai jelas terbentang ‘Kak Su Laksa’.

Baca entry Jeti Kuala Perlis – http://www.mrjocko.com/2016/10/terminal-feri-kuala-perlis-ke-langkawi.html

Sebaiknya kalau nak makan di sini, datang la awal sekitar waktu tengahari. Kalau nak datang sebelah malam, sebaiknya jangan selepas jam 9.00 malam sebab biasanya laksa akan habis atau kedai akan tutup.

Nanti kalau anda ke Perlis, cuba lah menu Laksa Perlis di Kak Su Laksa ini. Lepas makan nanti, mohon bagi feedback rasa sedap atau tidak. Secara peribadi, MrJocko rasa biasa-biasa sahaja. Tetapi, masih boleh dijadikan menu wajib kalau ke Perlis.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.