Kamarul Kowasin Juara World Championships Performing Arts 2016
Anak muda ini mengejutkan semua orang di Hollywood. Beliau kini bergelar Juara Dunia. Itulah dia Kamarul Kowasin Juara World Championships Performing Arts 2016. Kamarul berjaya mengalahkan ramai peserta-peserta hebat seluruh dunia dan merangkul gelaran Champion. Anak kelahiran Kampung Sinisian, Kundasang, Sabah ini mengharumkan nama negara.
MrJocko dan crew ‘Nota Kembara Bersama MrJocko’ berpeluang menemuramah beliau dan belajar bagaimana cara-cara Seruling Panjang, alat muzik unik ciptaan beliau sendiri.
Baca : Apa Yang Menarik di Di Kundasang Sabah
Kamarul Kowasin Juara World Championships Performing Arts 2016
Unik tentang Kamarul, beliau sejak dari kecil mula berminat dengan bermain seruling dan diusia muda telah mencipta seruling panjang sendiri dan kemudiannya dijadikan alat muzik utama.
Galakan yang tidak putus-putus dari ibubapa beliau akhirnya pada Julai 2016, beliau berjaya merangkul gelaran sebagai ‘Champion’ di pertandingan World Championships Performing Arts 2016 yang telah berlangsung di Amerika Syarikat.
Nama beliau kini memang terkenal di Sabah dan menjadi salah seorang artis yang sentiasa di jemput untuk mengadakan persembahan tradisional di banyak lokasi di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia.
Seruling Panjang yang digunakan oleh Kamarul Kowasin dibuat menggunakan buluh hutan. Ia perlu dijemur sehingga kering dan dipotong sepanjang 3 ruas. Satu ruas buluh yang panjang itu ditebuk lubang menggunakan ukuran seruling yang ada.
Untuk mengekalkan kualiti bunyi, lubang ditebuk dengan besi panas supaya buluh tidak mudah pecah. Sebab itu, kualiti lubang seruling yang baik akan membuatkan seruling akan berbunyi dengan lebih ‘merdu’.
Nak tahu cerita penuh dan juga persembahan Kamarul Kowasin meniup seruling panjang ini, anda kena saksikan travelogue “Nota Kembara Bersama MrJocko” pada bulan Januari 2017 nanti.
Related Posts
-
insurans oleh POS MALAYSIA
2 Comments | Aug 19, 2010
-
Destinasi Utama Pelancong Semasa Cuti Hari Pekerja Labour Day
No Comments | Apr 30, 2018
-
Pantai Cenang Langkawi Tahun Melawat Malaysia 2014
No Comments | Oct 28, 2013
-
Booked Promosi Gold Coast Resort Pakej Streetdeal
No Comments | May 5, 2012
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.