Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kamera Aksi GoPro Hero 7 Hand-on Review

‘Action Camera’ yang paling terkenal setakat ini ialah GoPro. bermula dengan kamera pertama, hingga kini, ia sudah mengeluarkan model yang ke 7 dikenali sebagai GoPro Hero 7. MrJocko berpeluang untuk meminjam sementara Kamera Aksi GoPro Hero 7 ini untuk Hand-on Review selama beberapa minggu.

Kalau sebelum ini GoPro Hero 6 telah dilancarkan di Malaysia pada September 2017, kini selepas setahun mereka memperkenalkan GoPro Hero 7 pulak.

Untuk kali ini, MrJocko dapat rasa pegang dan test sendiri model GoPro Hero 7 Black Edition dengan harga sekitar RM1,899.

Kamera Aksi GoPro Hero 7 Hand-on Review
 

gopro-hero-7-black-edition

gopro-hero-7-black-edition
 

Kalau nak dibandingkan dengan saiz dan bentuk, model GoPro Hero 7 ini tidak jauh beza dengan GoPro Hero 6 yang sebelum ini. Cuma ada beberapa fungsi GoPro Hero 7 dipertingkatkan dan harga yang ditawarkan pada kali ini, agak murah berbanding dengan harga Hero 6.

Seperti juga model GoPro Hero 6, kamera aksi Hero 7 ada paparan skrin video yang memudahkan pengguna untuk melihat sendiri hasil rakaman, tidak seperti model awal GoPro seperti model GoPro, GoPro Hero 2, dan GoPro Hero 3.

Kemasan untuk model Hero 7 juga memang nampak premium dan menarik.

Antara yang mencuri tumpuan ialah fungsi Hero 7 ini ialah Hypersmooth untuk rakaman video, waterproof, voice control, rakaman gambar superphoto dan yang menjadi keterujaan MrJocko ialah fungsi Live Streaming.

gopro-hero-7-black-edition

gopro-hero-7-black-edition

gopro-hero-7-black-edition

gopro-hero-7-black-edition
 

Untuk info kepada semua, di Malaysia, hanya satu syarikat sahaja yang menjadi pengedar tunggal jenama GoPro. Kalau nak beli GoPro dan memastikan keaslian dengan jaminan warranty terbaik, hanya di Funsportz Malaysia.

Nak lihat benda baru yang ada dalam GoPro Hero 7, boleh lihat review Hero 7 di YouTube ini.

Antara spesifikasi GoPro Hero 7 ialah :

Rakaman video 4K60, 2.7K120, & 1080p240
Kualiti gambar 12MP foto hingga 30 fps
HyperSmooth Video Stabilization
Vertical Portrait Mode untuk Social Media
SuperPhoto Auto HDR Photo Enhancement
10m Waterproof tanpa Housing
Touch Zoom Framing dengan 2″ LCD
Face, Smile, & Scene Detection
Live Streaming, TimeWarp Video
Voice Control, Raw Photos, dan banyak lagi

Jadi, untuk peminat aktiviti lasak yang memerlukan kamera aksi seperto GoPro, semestinya GoPro Hero 7 ini model action camera yang anda cari-cari. Apa lagi, ada rezeki, boleh la beli satu…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.