Kamera Terbaru Nikon Z50 Mirrorless Di Cipta Untuk Content Creator
|Menggunakan konsep ‘Content Is King. Image Is Its Crown’, produk terbaru dari Nikon ini menepati ciri-ciri gajet untuk mereka yang aktif dalam video dan gambar di social media. Sebab itu, Nikon Malaysia beritahu bahawa Kamera Terbaru Nikon Z50 Mirrorless Di Cipta Untuk Content Creator.
Kali ini, kamera baru Nikon Z50 ini diperkenalkan dahulu untuk rakan-rakan media dalam majlis Product Showcase yang sederhana di Jaya One Petaling Jaya, Kuala Lumpur.
Kamera Full Frame ini dikatakan kecil, senang dipegang, cili padi dengan hasil imej dan video yang terbaik dari koleksi kamera mirrorless Nikon Malaysia. Dengan rekaan yang lebih menarik, body magnesium ringan tetapi keras, Nikon Z50 ini sebenarnya garang untuk aksi memotret dan rakaman video footage.
Kali Terakhir MrJocko Review Kamera Nikon ialah Model Nikon Coolpix S33
Kamera Terbaru Nikon Z50 Mirrorless Di Cipta Untuk Content Creator
Ramai photographer yang sudah guna kamera ini termasuk beberapa nama tempatan seperti Eunice Eunny sangat-sangat berpuas hati dengan hasil Nikon Z50 ini. Senang bawa, muah pegang dengan saiz kamera kompak yang sangat ringan.
Ada yang membuat perbandingan model ini dengan model Nikon Z7 dan Nikon Z6, ternyata ia memang punyai kekuatan yang hampir sama. Tambah lagi kesemua model ini mempunyai ‘mount lens’ yang sama iaitu Nikon Z Lens.
Untuk anda yang suka dengan Vlog, ini gajet kamera terbaik untuk dicuba. Model ini punya lensa skrin yang boleh tilt ke bawah, menjadikannya antara tilt screen yang lebih efisen berbanding jenama kamera selfie yang lain. Bab ini, Nikon Z50 memang terbaik.
Kualiti video dengan Nikon Z50 ini dikatakan melebihi kualiti video semasa. Ini kerana dengan kebolehannya merakam video 4K dengan Full Sensor Wide, video HD Penuh untuk Hyperlapse, in-camera slow motion footage mode, termasuk juga fungsi mode-setting filter dan kesan yang boleh digunakan untuk rakaman gambar imej dan video.
Antara Komen dan Review dari Professional Photographer
“Tough, light body, simple controls
The Z50’s lightweight body is perfectly portable and easy to carry, with a tough magnesium alloy top and front. A pop-up flash provides extra light when needed, and its rear screen offers familiar smartphone-like touch controls. It’s tiltable too so you can shoot from a more dynamic perspective and reach that tricky angle. A deep grip is satisfying to hold and controls have been thoughtfully positioned for the most intuitive operation.”
Sumber : John Lewis & Partners Reviews on Nikon Z50
Ya, sebagai pengguna biasa, saya yakin ramai yang sukakan kamera yang senang digunakan. Untuk pengguna biasa, kami pentingkan kualiti kamera dengan penggunaan ‘setting’ yang sangat minimum. Kalau boleh, kamera yang guna fungsi Auto Mode, tetapi dapat menghasilkan gambar yang terbaik.
Nikon Z50 dengan kuasa imej kualiti 20.9MP dijual di Malaysia dengan harga RM4,598 termasuk dengan kit lens Z 16-50mm VR.