Site icon Travel Blogger Malaysia

Kamera Yang Sesuai Untuk Travel Bukan Kamera DSLR

Selama beberapa tahun MrJocko travel sana sini, konklusi yang boleh MrJocko katakan bahawa Kamera Yang Sesuai Untuk Travel Bukan Kamera DSLR. Ya, ini kebenaran. Mungkin ramai yang fikir kalau bawa kamera DSLR akan dapat shoot gambar yang cantik. Tapi sebenarnya, bila bawa kamera DSLR ni, berat dan agak menyusahkan kalan selalu nak ke sana sini.

Pendapat MrJocko, kamera paling sesuai untuk travel ialah kamera kompak mirrorless. Kalau kamera kompak biasa, ia punyai fungsi terhad. Tetapi, jika korang guna kamera mirrorless yang high end sikit, kualiti gambar anda menjadi superb.

Baca : Camera Review Sony RX100 Mark VI



Kamera Yang Sesuai Untuk Travel

Kamera Yang Sesuai Untuk Travel Bukan Kamera DSLR
 

MrJocko pernah menggunakan kamer DSLR jenama Canon, jenama Nikon dan pernak sekali guna kamera Fuji (pinjam kawan punya) ketika travel. Yang memang diakui kalau pandai setting, gambar dari kamera ini agak cantik. 

Tetapi yang menyusahkan ialah sebab kamera ini agak berat dan memerlukan storan yang agak besar. Bateri kamera DSLR ni pun agak besar, kalau campur equipment lain, satu bag dah berat 5 – 6 kg :).

 

 

MrJocko beli kamera ini tahun 2014. Model ini ialah model Sone NEX-3N. Jenis ini kamera mirrorless yang ada flip screen dan memang best untuk selfie. Sejak itu, MrJocko bawa travel ke Melbourne, Dubai, Tokyo, Bangkok, Medan, Yogyakarta dan banyak lagi. Masa tu beli kamera ni cuma RM1200 sahaja. Murah kan???

Baca : Beli Kamera NEX Sony
 

Menarik tentang kamera kompak mirrorless dari sony ini, ia punyai sensor untuk rakaman gambar terbaik. Kalau pakai lens kit pun, kualiti gambar terbaik. Ada fungsi imej blur kat belakang yang buatkan ia seperti gambar dari kamera professional.

Ini antara contoh gambar yang MrJocko ambil semasa trip ke Melbourne dibawah kelolaan Emirates dan Tourism Victoria.

 


 

Ini gambar makanan yang diambil dari kamera mirrorless Sony NEX-3N. Cantik kan???

 

 

So far, dalam banyak-banyak kamera mirrorless, kamera Sony antara terbaik. Ia punyai puluhan model kamera mirrorless dari yang basic hingga kepada model kamera TERBAIK setakat ini Sony A7R II. Yang ni bukan setakat gambar, video pun memang kualiti 4K dengan rakaman HD TERBAIK!!!

 

 

Casey Neistat Vlogger yang terkenal pun dah tukar dari DSLR Canon tukar terus ke kamera Sony. Wahhh!!! Kalau dapat set macam ni, memang terbaik la kan? Boleh buat koleksi gambar dan video untuk Vlog dan Blog :).

 

 

Baca : MrJocko dan Gadget Review Camera

 

Ada beberapa kamera mirrorless lain yang ada dipasaran, tetapi setakat ini, koleksi kamera Sony Nex dan Sony Mirrorless memang memuaskan. Bukan sahaja gambar tetapi kualiti video pun memang diakui oleh pakar photographer dan videographer.

Untuk travel, bayangkan anda bawa kamera Sony Nex atau kamera Sony A5100, atau kamera Sony A7R yang saiz kecil ini dalam porch bag atau beg sandang. Ringan dan mudah. Kualiti gambar pula terbaik!!!

InsyaAlah, kalau ada rezeki nak beli kamera Sony A7R juga. Nak beli model tahun 2016 dulu. Kalau nak beli model Sony A7R II belum mampu sebab harga dia agak mahal.

So, kalau anda nak travel dan perlukan kamera travel yang terbaik, MrJocko syorkan korang guna kamera mirrorless berbanding kamera DSLR. Sebab, Kamera Yang Sesuai Untuk Travel Bukan Kamera DSLR.

Nak beli kamera Sony? Boleh ke laman Web Sony Malaysia Camera.

Exit mobile version