Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kamogawa Sea World Aquarium Besar Terbaik di Chiba

Chiba Prefecture mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik sebenarnya. Namun, ia masih belum diterokai dengan lebih mendalam kerana ramai yang tertumpu ke Tokyo. Paling menjadi tumpuan jika ke Chiba ialah kehebatan Kamogawa Sea World Aquarium besar yang berada di dalam Daerah Chiba.

Konsep di sebalik pameran di Kamogawa Sea World adalah “menerokai dunia lautan.” Di sini, mereka menyediakan suatu tempat di mana pelawat pasti akan kagum dengan keindahan kehidupan laut dan dapat belajar mengenai kepentingan hidupan laut. Di samping ia sebuah kawasan akuarium untuk hidupan laut yang luas, Kamogawa Sea World turut menyediakan beberapa aktiviti berkaitan dan persembahan oleh haiwan laut yang ada di sini.

Baca : Tempat Menarik di Chiba Japan

Sea World Kamogawa Japan

Kamogawa_Sea_World_Japan

 

Jika anda terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, seperti yang pernah MrJocko lakukan pada tahun 2012, anda boleh manaiki Shuttle Bus Narita Airport PERCUMA sepanjang tempoh PROMOSI CHIBUSTORY nanti. Sebenarnya dari Narita Airport nak ke Kamogawa tidak lah jauh mana. Boleh pilih untuk menaiki Bas, Keretapi ataupun Teksi.

 

Kamogawa Sea World Kamogawa_Sea_World Kamogawa_Sea_World

 

Kamogawa Sea World

Antara yang menarik perhatian ramai pengunjung ke Sea World Kamogawa adalah pertunjukkan kolam besar yang membabitkan Ikan Lumba-lumba serta pertunjukkan Killer Whale. Jarang sekali kita melihat pertunjukkan seperti ini dan di Sea World Kamogawa mereka mempersembahkan persembahan Killer Whale yang hebat!.

Tengokkan gambar yang ada di Internet, teringin sangat nak join sekali menyaksikan persembahan Killer Whale di Kamogawa Sea World ini. Nama pun Killer Whale, tak bahaya ke mereka buat persembahan dengan Paus Pembunuh??? Bukan ke haiwan ini ganas???

 

 

Kamogawa Sea World
Kamogawa Sea World

Kamogawa_Sea_World_Map

 

 

Jadi, kalau nak tahu banyak lagi tentang hidupan laut di Sea World ini, boleh singgah di Taman Laut yang terbaik di Chiba ini. Ada jaringan subway dan LRT boleh anda guna kalau nak ke sini. Bas pun ada di sediakan dari sekitar bandar Tokyo.

Yuran masuk ke Kamogawa Sea World ialah Yen 2,800 untuk dewasa dan Yen 1,400 untuk kanak-kanak.

Nak lebih mudah, menginap sahaja di Sea World Hotel berdekatan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.