Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Kampung Melayu Koh Samui Ada Komuniti Muslim

Koh Samui terkenal dengan industri pelancongan. Ramai orang Muslim Malaysia ingat susah untuk cari makanan halal di sini. Sebab itu MrJocko nak bagitahu, Kampung Melayu Koh Samui Ada Komuniti Muslim Sejak Berzaman. Di sini pusat berkembangnya pengajian Islam dan juga komuniti Muslim di Pulau Samui.

Kalau tak silap, MrJocko anggarkan lebih kurang dalam 1000 penduduk Muslim tinggal di sekitar Koh Samui. Sebab itu, kalau nak cari menu makanan Halal Muslim di Koh Samui sebenarnya tidak ada masalah.

Kampung Melayu Koh Samui

kampung melayu koh samui

 

Terletak kira-kira 15km dari Samui Airport, Kampung Melayu Koh Samui menjadi tarikan kepada pelancong Muslim yang berkunjung ke Koh Samui. Ini kerana, ia memberikan satu pengalaman baru melihat satu komuniti kecil di tengah pulau ini yang masih lagi menjaga nilai agama Islam serta hidup dalam dunia Muslim, walaupun agak terpencil.

Di sini, korang boleh melawat perkampungan kecil, melihat sendiri aktiviti harian masyarakat Muslim di Koh Samui serta boleh melihat Sekolah Agama dan Tahfiz yang diberi nama Nurul Ihsan Islamic School Koh Samui.

 

Kampung Melayu Koh Samui Kampung Melayu Koh Samui Kampung Melayu Koh Samui Kampung Melayu Koh Samui

 

MrJocko sempat singgah melihat saudara Muslim ini ketika melawat Koh Samui bulan lepas. Rata-rata cara hidup di sini, hampir sama dengan masyarakat Melayu di sebelah Kedah dan Kelantan. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Kelantan Siam dan ia digunapakai agak meluas dikalangan mereka, selain dari bahasa utama Bahasa Thai.

Ada sekolah agama untuk kanak-kanak dan juga Sekolah Tahfiz dibina untuk mendalami agama Islam. Masjid di sini juga agak besar dan boleh menampung ratusan jemaah pada satu-satu masa.

 

kampung melayu koh samui

 

Masjid ini belum siap sepenuhnya. Nampaknya, masih memerlukan bantuan kewangan untuk di siapkan. Kalau ada sumber, apa kata sama-sama kita bantu saudara Muslim di Koh Samui.

Penduduk Muslim di Koh Samui rata-ratanya bekerja sebagai nelayan. Sebab itu, masa kami singgah di sini untuk makan malam, menu hidangan seafood di sebuah restoran Halal berdekatan, gerai Melayu Samui Seafood memang terbaik dan sangat murah berbanding Kuala Lumpur.

Ingat lagi makan di Fasai Seafood Beach Pak Bara beberapa tahun lepas. Mereka pun ada menu sedap asli Thai Halal seperti ini http://www.mrjocko.com/2013/12/fasai-seafood-langka-beach.html

Kalau ada peluang bercuti ke Koh Samui, kalau korang Muslim, ambil peluang untuk singgah di sini. Kampung Melayu Koh Samui juga ada menyediakan pakej penginapan dan pelancongan kepada yang berminat. Harga kat sini tidak la mahal dan ia sangat berbaloi dengan servis yang ditawarkan termasuk menu makanan halal yang sangan sedap.

Kalau nak faham serba sedikit tentang masyarakat Koh Samui, boleh baca catatan menarik ini http://www.samuipedia.com/koh-samui/culture-religion/culture-religion-koh-samui/

 

Nak senang bercuti di Koh Samui? Ambil penerbangan terus dari KLIA ke Lapangan Terbang Koh Samui dengan pesawat Bangkok Airways. Bukan sahaja mudah, ia juga cepat dan efektif. Tak perlu lagi bazir masa jika nak ke Koh Samui

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.