Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kampung Morten Melaka Wajib Lawat

Kampung Morten Melaka

 

Sewaktu aku menyusuri Melaka River Cruise, melalui Sungai Melaka, Pemandu Bot, berhenti seketika di Perhentian Kampung Morten Melaka, berdekatan dengan Jambatan Kampung Morten.

Dari jauh dah nampak lampu-lampu yang berkilauan, cerah dengan kemeriahan lampu-lampu di kawasan kampung Morten. Memang nampak lain, berbeza dengan kampung-kampung lain. Rupanya ada cerita tersendiri perihal sejarah Kampung Morten.

Tidak hairan lah kalau ramai yang kata Kampung Morten Melaka ni antara tempat tempat menarik di negeri Melaka. Menurut sejarah, Kampung Morten seluas 5.02 hektar itu dibuka pada tahun 1922. Ia menempatkan 100 buah rumah dengan anggaran 600 orang penduduk. Mengikut cerita, kampung unik itu mendapat nama Kampung Morten selepas salah seorang penduduk ketika itu berjumpa dengan seorang pegawai daerah bernama J.F Morten untuk meminjam wang.

 

 

 

 
Kampung Morten Melaka

 

Ketika itu kampung tersebut dimiliki oleh dua orang lelaki iaitu Abdullah Maarof dan Pak Khalil. Sementara pengasasnya ialah Datuk Othman Md. Nor. Disebabkan terlalu kepinginkan kampung tersebut, salah seorang penduduk kemudian bertindak berani dengan meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada pegawai Inggeris itu.

 

Hasrat penduduk kampung Kampung Morten Melaka itu tertunai apabila pegawai daerah terbabit menghulurkan wang yang diminta untuk membeli kampung itu. Dua orang lelaki yang merupakan tuan tanah itu bersetuju untuk menjualkan tanahnya kepada penduduk kampung. Terharu dengan pinjaman tersebut selain gembira kerana berjaya memiliki kampung itu, sebagai mengenang jasa JF Morten penduduk kampung sepakat menamakan kampung itu sebagai Kampung Morten sehingga hari ini.

 

 

 

Sehingga kini pun aku dengar kerajaan Negeri Melaka ada memperuntukkan sebahagian dana untuk terus menjaga keunikkan dan keaslian Kampung Morten ni. Salah satu kampung yang punyai keunikan tersendiri.

 

Lain kali, boleh singgah untuk pusing-pusing Kampung Morten Melaka di siang hari. Malam ni tak nampak sangat. Tapi, yang paling aku suka limpahan cahaya lampu di setiap rumah. cantik…

 

“Apa lagi, masa cuti nanti, jom sekali lagi ke Melaka.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.