Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kanchanaburi War Cemetery Sejarah Perang Dunia Ke-2

Terletak kira-kira 145 km dari kota Bangkok, lokasi ini mesti anda singgah jika anda ada peluang. Ia dikenali sebagai Kanchanaburi War Cemetery Perang Dunia Ke-2 yang kini menjadi sejarah dan tinggalan kekejaman tentera Jepun di Asia. Di sini, tersemadinya ribuan tentera British, Australia dan Belanda yang mati akibat Perang Dunai Ke-2 di Thailand.

Kubur ini direkodkan antara Kubur Terbesar bagi perkuburan perang di Kanchanaburi. Ia kini dijaga rapi dan diuruskan oleh Suruhanjaya Komanwel War Graves. Sejarah mencatatkan, di sini lebih daripada 6,981 askar dikebumikan di Kanchanaburi War Cemetery, di mana hampir separuh mangsa adalah British dan selebihnya dari Australia dan Belanda.

Baca : Sejarah Seram Tentang River Kwai Bridge Thailand

 



 

Kanchanaburi War Cemetery Sejarah Perang Dunia Ke-2

Kanchanaburi War Cemetery

 

Kedudukan kubur ini, ialah sebelah kanan mengandungi mangsa British, kawasan hadapan kiri mengandungi kubur Australia, dan sebelah kiri belakang tentera Belanda. Manakala ada tentera yang tidak diketahui dan mereka yang dibakar di tempatkan dilokasi yang jauh ke kiri.

Biasanya, kalau kita melalui perkuburan, anda akan rasa seram. Tetapi, jika perkuburan seperti ini, ia menimbulkan rasa insaf kita, menyedarkan kita bahawa betapa Perang Dunia sebenarnya memberikan sengsara kepada semua, tidak kira kepada pihak yang menang, pihak yang kalah mahupun rakyat yang terkena tempias.

Kanchanaburi War Cemetery Kanchanaburi War Cemetery Kanchanaburi War Cemetery 04 Kanchanaburi War Cemetery 05 Kanchanaburi War Cemetery 06 Kanchanaburi War Cemetery Kanchanaburi War Cemetery 08

 

 

Senarai lebih dari 6,981 tentera yang terkorban ini hanya sebahagian. Bayangkan, ada lebih dari 200,000 pekerja buruh paksa yang dikatanya turut terkorban dalam pembinaan landasan keretapi di Kanchanaburi ini tidak diketahui nasib mereka. Antara yang MrJocko ingat, ialah lebih 70,000 dari mereka yang terkorban adalah buruh paksa dari negara kita, Malaysia.

Tak rugi singgah di Kanchanaburi War Cemetery ini kerana ia betul-betul memberikn banyak info, pengalaman serta sejarah yang mungkin tidak ternilai untuk kita pelajari. Sebab itu, datanglah ke Kanchanaburi War Cemetery ini dan nilaikan sendiri pengalaman anda dan kisah sejarah mereka ketika Perang Dunia Ke-2 di Thailand.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.