Site icon Travel Blogger Malaysia

Kangaroo Di Caversham Wildlife Park Perth Western Australia

Selalu lihat Kangaroo, tetapi bukan selalu ada peluang untuk memegang dan memberi makanan kepada Kangaroo. Kali ini, MrJocko dan sekeluarga berpeluang untuk bermain dengan Kangaroo Di Caversham Wildlife Park Perth. Taman haiwan ini, antara taman terbaik yang ada di Western Australia dengan menyediakan pelbagai tarikan haiwan yang menjadi ikon negara Australia. Pastinya, Kangaroo menjadi haiwan tarikan utama di sini.

Tiket masuk ke Caversham Wildlife Park di Perth ini ialah AUD27 untuk dewasa dan AUD12 untuk kanak-kanak. Tiket untuk Bayi adalah dikecualikan.

kangaroo caversham wildlife park

 


Pegang Dan Beri Makan Kangaroo di Caversham Wildlife Park

kangaroo caversham wildlife park perth
 

Satu yang MrJocko kagum tentang taman kangaroo di Caversham Wildlife Park ini, dari pintu depan hingga ke bahagian dalam, boleh katakan kawasan ini bersih dan sentiasa dikawalselia dengan sebaiknya oleh petugas di sini.

Caversham Wildlife Park Information

Caversham Wildlife Park is owned and operated by a Western Australian family. They don’t receive any Government assistance, the park is solely funded by visiting patrons! This is one of Perth’s most exciting tourist attractions, showcasing the largest private collection of native wildlife in Western Australia.

All of their shows, interactive experiences, photo opportunities and animal food are included in the entry fee! With no extra money needed around the park, you can make the most of your experience at Caversham Wildlife Park.


 

Beri Makan Kangaroo di Caversham Wildlife Park

Dari pintu masuk utama lagi, anak-anak MrJocko dah memang bercakap tentang Kangaroo. Bila melihat kangaroo depan mata, mereka teruja. Sampaikan wallabies pun mereka sangkakan ia kangaroo.

Baca : Sekeluarga Melancong ke Perth, Western Australia.

Destinasi pertama kami singgah di kandang utama kangaroo. Di sini, anda berpeluang mendekatai kangaroo dengan lebih dekat. Boleh beri mereka makan, menggosok kepala dan juga mengusap lembut. Jangan risau, hampir semua kangaroo di Caversham Wildlife Park ini memang jinak dan sudah biasa dengan manusia.

 

 

Yang perlu anda jaga-jaga di sini, ialah supaya tidak terpijak tahi kangaroo yang lembik atau masih baru. Sebab, nanti susah nak cuci. Kalau tahi yang keras tidak ada masalah sebab boleh cuci dengan mudah. jadi berhati-hati yer.

Makanan memang disediakan di bangsal utama. Tidak ada bayaran tambahan, anda cuma perlu ambil makanan, samada palet yang disediakan atau tumbuhan rumput khas yang disediakan untuk diberikan kepada kangaroo di dalam kandang utama.

Sangat berbaloi untuk datang ke sini dan sebaiknya, boleh lepak di sini dari pagi hingga petang. Jangan risau ada ruang parkir percuma, ada kafe disediakan dan juga banyak ruang tempat anda untuk duduk dan menikmati keindahan di Caversham dan juga meneroka apa yang ada di taman haiwan Caversham ini.

Layari laman web Rasmi https://www.cavershamwildlife.com.au
 

 

Exit mobile version