Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Hari pertama sampai di Hokkaido, MrJocko teruja. Maklumlah, ini kali pertama melawat Pulau Hokkaido yang besar dan terletak di bahagian atas negara Jepun. Di sini, antara lokasi yang punyai cuaca sejuk dan salji yang terbaik di Jepun. Hari pertama, kami makan tengahari di Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido. Menu utama, sudah pasti seafood.

Lokasi kedai Kani Goten Shiraoi Sapporo ini terletak di tepi jalan besar, highway dari lapangan terbang New Chitose menuju ke bahagian seberang sana, Hokkaido. Kedudukan restoran ini, mudah di akses oleh kenderaan dan menjadi tempat persinggahan ramai pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati menu makanan seafood.

Oh ya, Kani dalam bahasa Jepun di maksudkan ialah Ketam. Menu utama di sini sudah pasti Ketam Snow Crab yang terkenal di Jepun.

Kani Goten Shiraoi Sapporo

Kani Goten Shiraoi Sapporo

Baca : MrJocko dan Food Review

Dari jauh sebenarnya dah nampak lokasi restoran Kani Goten Shiraoi Sapporo ini. Di atas bumbung bangunan terdapat patung Beruang Hokkaido yang menjadi ikon dan mercu pulau hebat ini. Patung Beruang Hokkaido ini juga dikenali dengan nama Ussuri (Ussuri Brown Bear.

Bahagian bawah restoran Kani Goten Shiraoi Sapporo, diletakkan aquarium yang menempatkan menu makanan laut yang segar termasuk ketam, udang, ikan dan bermacam-macam lagi. Untuk menu di sini, boleh pilih menu yang korang mahu dan ia boleh di masak di bahagian atas.

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Untuk menu halal muslim di Hokkaido, kami mencuba menu steamboat Shiraoi dengan menu seafood, termasuk menu Udang, Scallops, Ketam dan juga sotong. Selebihnya ialah menu sayur yang di masak dengan sup putih.

Nak bagi lebih meriah, ia diletakkan dengan isi ikan yang di potong. Kalau di Jepun, biasanya ikan seperti ini dimakan mentah-mentah dan di letakkan dalam hidangan Sushi.

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Untuk harga set menu makanan ini, tidak pasti. Seingat Mrjocko ia ada menyediakan pakej menu hidangan serendah JPY2000 (RM75) seorang dan kalau nak makan lebih sedap, boleh makan menu Ketam Snow Crab an juga menu Salmon.

Menu makanan steamboat seperti ini sangat popular di Jepun, tambah lagi di musim sejuk seperti musim salji ini. Ini kerana, panas sup boleh meredakan kesejukkan seharian.

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Kani Goten Shiraoi Sapporo Menu Halal Muslim Di Hokkaido

Nak baca review dari blogger lain, boleh layari link ini http://kimi-tourguide.blogspot.my/2012/02/kani-goten-fish-market-seafood.html

Atau, boleh layari komen dan tips dari Tripadvisor seperti ini https://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g1120904-d8674070-Reviews-Kani_Goten_Shop-Shiraoi_cho_Shiraoi_gun_Hokkaido.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.