Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kari Kepala Ikan Murah Dan Sedap Di Kuala Lumpur

Kari Kepala Ikan memang menjadi pilihan ramai peminat makanan sekitar Kuala Lumpur. Di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur ada banyak restoran atau gerai yang menjual Kari Kepala Ikan yang sedap. Antara kari kepala ikan yang murah di Kuala Lumpur ialah di Restoran Tugu View.

 

Bagi yang kerja atau berada sekitar Kuala Lumpur, anda mesti pernah ke Restoran Tugu View yang sebelum ini terkenal dengan menu Ayam Kampung. Mini anda boleh cuba menu Kari Kepala Ikan yang sedap dan murah.

 

Kalau biasa menu kari kepala ikan bersaiz kecil ia berharga sekitar RM55, sederhana cuma RM85 dan yang besar sekitar RM150. Tapi di Tugu View Kuala Lumpur harga agak murah.

 

 

 

Kari Kepala Ikan Murah dan Sedap
Kari Kepala Ikan Murah Dan Sedap Di Kuala Lumpur

 

Kari Kepala Ikan Murah dan Sedap

 

 

 

MrJocko berpeluang makan kari kepala ikan bersaiz sederhana untuk 4 orang dengan harga cuma RM50 sahaja. Murah dan sedap. Kari ikan ini memang rasa agak pekat dan warna yang pekat. Tak macam sesetengah kari ikan yang selalunya cair.

 

Sebab itu, kalau anda nak cuba menu kari kepala ikan yang murah dan sedap, anda boleh cuba singgah di Restoran Tugu View Kuala Lumpur, bersebelahan Tugu Negara. Lokasi mudah untuk orang Kuala Lumpur cari.

 

Kawasan restoran yang luas, parkir percuma, menu makanan yang banyak pilihan dan dekat dengan Kuala Lumpur.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.