Site icon Travel Blogger Malaysia

Senarai 5 Restoran Kari Kepala Ikan Sedap Di Kuala Lumpur

kari_kepala_ikan_kampung_attap

Kari Kepala Ikan ZK Kampung Attap

Sekiranya anda mencari menu makanan Kari Kepala Ikan Sedap terbaik di Kuala Lumpur, anda mungkin boleh mencuba menu-menu kari kepala ikan yang dihidangkan di beberapa restoran yang akan MrJocko kongsikan ini. Ini 5 Restoran Kari Kepala Ikan Sedap Di Kuala Lumpur

Antara senarai 5 lokasi restoran kari kepala ikan sedap di Kuala Lumpur ini, 3 menu kari kepala ikan ini pernah MrJocko cuba sendiri dan ia memang sedap dan menjadi pilihan untuk peminat masakan mamak, kari kepala ikan.

Mengikut pandangan MrJocko, antara restoran yang menyediakan menu kari kepala ikan terkenal di Kuala Lumpur ialah Restoran ZK (Kari Kepala Ikan Kg Attap), Restoran Kampung Pandan (Kari Kepala Ikan Kampung Pandan), Restoran Kudu Jalan TAR (Kari Kepala Ikan Kudu), Restoran Ahamed (Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka), dan Gerai Anuar Kari Ganja Bangsar (Kari Kepala Ikan Pokok Ketapang).

Baca : Nasi Kandar Paling Sedap Di Kuala Lumpur

 



 

Senarai 5 Kari Kepala Ikan Sedap Di Kuala Lumpur

kari kepala ikan sedap di Kuala Lumpur

 

Kari Kepala Ikan Kampung Attap : Restoran ZK

Restoran ZK ini atau lebih dikenali sebagai restoran kari kepala ikan Kampung Attap memang pilihan utama kerana ia sudah terkenal lebih 15 tahun seingat MrJocko. Sewaktu mula-mula MrJocko datang di Kuala Lumpur, restoran kari kepala ikan ini memang sudah menjadi bualan.

 

Lokasi restoran kari kepala ikan Kampung Attap ini mudah sahaja untuk dicari kerana ia berada berdekatan dengan LHDN Jalan Kampung Attap dan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ruang parkir agak terhad, jadi kalau nak makan kari kepala ikan di sini, sila datang awal.

Kredit Gambar : MamaJuePapaMimi.blogspot.com

 

 

 

 

Kari Kepala Ikan Kampung Pandan

Dah lama tak singgah makan di sini. Dulu semasa tahun 2002 – 2004, semasa MrJocko menetap di Pandan Jaya selalu jugak singgah untuk pekena kari kepala ikan Kampung Pandan ni. Lokasi restoran ini agak jauh dari jalan besar dan kalau anda bukan mahir di sekitar Kampung Pandan mungkin agak susah untuk mencari lokasi restoran ini.

 

Tapi, untuk memudahkan anda, cuba cari lokasi dengan menggunakan alamat ini, No. 42B, Jalan Thaver, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Tel (603) 9284 5837

 

 

 

Kari Kepala Ikan Kudu : Restoran Kudu Bin Abdul

Asalnya restoran ini terkenal di Pulau Pinang, kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur dan kini menjadi salah satu lokasi restoran pilihan nasi kandar yang terkenal di Kuala Lumpur.

 

Namun, bukan hanya Nasi Kandar, menu kari kepala ikan restoran Kudu juga memang menjadi pilihan ramai. Jika anda ke sini waktu tengahari sekitar jam 11.30 am sehingga jam 2.30 pm, anda boleh lihat ramai yang beratur untuk mencuba menu sedap di restoran Kudu Bin Abdul Jalan TAR Kuala Lumpur ini.

 

Lokasi restoran berada di tepi jalan besar dan jalan utama Jalan Tunku Abdul Rahman.

 

 

 

 

Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka : Restoran Ahamed

Restoran kari kepala ikan di Stadium Merdeka ini jarang diketahui ramai. Asalnya ia dibuka di gerai Jalan Imbi dan kemudia berpindah ke sini. Memang dulu ia sangat terkenal dengan menu Kari Kepala Ikan sekitar tahun 2000 dan sehingga kini masih mempunyai pelanggan tetap dan mereka yang suka kepada menu kari kepala ikan ini.

 

Lokasi restoran ini mudah sahaja. Walaupun namanya Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka, tetapi untuk cari lokasi sekarang ia terletak di Jalan Lumut, Kuala Lumpur. Lagi mudah, cari lokasi Vistana Hotel dan ia terletak di bangunan lama, belakang hotel tersebut.

 

Kredit Gambar : Hamydy.Wordpress.com

 

 

 

 

Kari Ganja Anuar Bangsar (Gerai Pokok Ketapang Bangsar)

Nama sebenar gerai makan ini memang dikenali berbeza-beza. Ada yang kenal gerai ini dengan Gerai Pokok Ketapang Lucky Garden, kerana ia terletak di bawah pokok ketapang di Lucky Garden. Ada yang memanggil nama kedai ini Gerai Kari Ganja Anuar Bangsar, sebab tuan punya kedai nama Anuar dan ada yang menyebut hanya Gerai Pokok Ketapang.

 

Apapun nama gerai ini, ia memang menyediakan menu masakan yang berasaskan kari yang terbaik dan murah. Kari Kepala Ikan sedap di sini memang boleh tahan tambah lagi dengan harganya yang agak murah berbanding tempat lain. Anda boleh dapatkan kari kepala ikan paling kecil dengan hanya harga bermula RM25.

 

Untuk ke sini, cari lokasi Pasaraya TMC Bangsar dan gerai Anuar Kari Ganja Bangsar ini terletak di belakang bangunan ini di pusat penjaja. Kalau dah sampai sana, anda akan nampak dengan jelas ramai yang beratur untuk menu di Gerai Kari Ganja Anuar Bangsar.

Kari Kepala Ikan Terbaik Di Kuala Lumpur

Sebenarnya ada banyak lagi lokasi kedai dan restoran yang menyediakan menu Kari Kepala Ikan sedap dan best di Kuala Lumpur. Cukup la kalau MrJocko kongsi 5 Restoran Kari Kepala Ikan Terbaik di Kuala Lumpur untuk rujukan dan pengetahuan bagi anda yang masih mencari menu kari kepala ikan yang sedap untuk selera anda.

 

Jadi, bermula esok, apa kalau anda yang berada sekitar Kuala Lumpur, kita pakat-pakat makan Kari Kepala Ikan sedap untuk menu makan tengahari atau makan malam?

 

Exit mobile version