Karnival Upin Dan Ipin Putrajaya Inilah Kegembiraan
|
Karnival Upin Dan Ipin Putrajaya 2014 kini sedang berlangsung di PICC Putrajaya bermula dari Jumaat, 21 – 23 November 2014. Karnival hebat ini dibuka seawal jam 9.00 pagi dan akan berakhir pada jam 10.00 malam setiap hari selama Tiga (3) hari karnival diadakan.
Keunikan karnival kali ini adalah dari segi pengisian dan persembahan yang telah diaturkan yang mana ia ditambah baik untuk kepuasan hati pelawat. Tambah istimewa lagi, buat pertama kalinya Les’ Copaque Production bekerjasama dengan syarikat gergasi Jepun iaitu Tsuburaya dengan menampilkan watak terbaru Ultraman Ginga termasuk Ultraman, Ultraman Tiga, Ultraman Zero dan juga Ultra Seven di Karnival Upin & Ipin.
Baca : Upin dan Ipin Animasi Terbaik di Asean
Karnival Upin Dan Ipin Putrajaya Inilah Kegembiraan
Karnival Upin Dan Ipin Putrajaya ini menggunakan tema ‘Inilah Kegembiraan’ #inilahkegembiraan sempena dengan penganjuran yang lebih mantap pada tahun ini dengan mambawa keriangan kepada anak-anak dan peminat kartun dari Les Copaque ini. Bagi peminat setia Upin & Ipin, sudah pasti mengetahui mengenai Karnival Upin & Ipin yang setiap tahun dianjurkan oleh Les’ Copaque Production bersama kerjasama anak syarikatnya LC Merchandising disamping rakan-rakan niaga yang lain.
Sepanjang karnival Upin Dan Ipin Putrajaya ini anda akan dapat menyaksikan pelbagai booth yang menarik di sana termasuk booth Upin Ipin, Puteri, DaduDido, Pada Zaman Dahulu dan banyak lagi termasuk booth penaja seperti Kementeriam Komunikasi Dan Multimedia, PUNB, MDEC bersama penaja sampingan yang lain.

Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.
Sekali lagi, yang akan menjadi tumpuan semestinya persembahan selama hampir 30 minit Ultraman yang dibawakan khas dari Jepun dibawah kerjasama dengan Tsuburaya, syarikat animasi terkenal di Jepun secara PERCUMA dan tidak akan dapat anda saksikan di mana-mana selain di Karnival Upin Dan Ipin Putrajaya.
Nantikan perkembangan lebih lanjut melalui laman web www.upindanipin.com.my serta Facebook Upin & Ipin.
saya dan keluarga pergi hari jumaat, tak berapa sesak
ramai yg kata Jumaat memang tak ramai orang, maklum la hari bekerja…
Dengar suare je…maskot nyer xnmpk.
alahai kesiannya,,, hari ni sempat lagi, kul 1.00pm dan kul 4.00pm,,,
wah best sangat aktiviti macam ni.. anak2 pun suka..