Kasut Kesihatan Footlink Malaysia Khas Untuk Masalah Kaki
|Mereka yang mempunyai masalah pemakaian kasut, samada ada masalah Diabetes (Kencing Manis), Kaki Bersaiz Besar, Kaki Sensitif dan masalah kami dan lutut, anda mungkin boleh mencuba kasut jenama Footlink Malaysia. Kasut kesihatan Footlink telah diilhamkan dan diasaskan untuk membawa kasut berkualiti kepada pengguna. Di reka untuk kesihatan tetapi masih dicipta untuk gaya dan fesyen kasut yang bergaya.
Kasut Footlink direka dengan panduan kasut bio-mekanikal dan untuk kesihatan. Kedua-dua konsep ini akan menawarkan pengguna keselesaan dalam memakai kasut walaupun sepanjang hari dalam pelbagai situasi dan keadaan. Keselesaan kasut Footlink ini akan memberikan anda ‘kuasa’ berdiri berpanjangan dan aktiviti berjalan sepanjang hari.
Footlink adalah satu penyelesaian kasut alternatif untuk masalah kaki seperti sakit kaki (sakit gerbang, sakit tumit, sakit bola kaki), sakit pergelangan kaki, sakit lutut, sakit belakang, kaki kencing manis, artritis, geriatrik, osteoporosis, obesiti, kaki bengkak dan sebagainya.
Baca : Peraduan Kasut Adidas Contest
Kasut Kesihatan Footlink Malaysia Khas Untuk Masalah Kaki
Memandangkan MrJocko banyak berjalan dan juga selalu menyertai Media Trip dan kembara ke destinasi pelancongan, kasut yang sesuai amat perlu untuk memberikan keselesaan kepada kaki MrJocko. Ya, sebelum ini memang ada menggunakan kasut sukan, walking shoes dan juga beberapa jenis jenama sandal ketika berjalan. Kali ini, MrJocko ingin mencuba kehebatan kasut Footlink keluaran rakyat Malaysia ini.
Lokasi utama untuk mendapatkan kasut jenama Footlink ini semestinya di Footlink HQ di Taman Klang Jaya. Di sini, MrJocko berkesempatan berjumpa dengan En Uresh, orang kuat disebalik jenama kasut kesihatan Footlink ini.
MrJocko dan wife diberi penerangan tentang penggunaan kasut yang sebaiknya. Bagaimana fungsi tapak kaki dan juga kesan bila menggunakan kasut yang tidak sesuai. Kena anda boleh sakit kaki, sakit belakang atau punyai masalah tulang belakang, ia mungkin berpunca dari penggunaan kasut yang tidak sesuai yang menyebabkan sokongan tulang kaki dan tulang belakang yang tidak betul.
Memandangkan MrJocko perlukan kasut yang selesa ketika berjalan dan wife memerlukan kasut pejabat yang tampak style cantik, tetapi selesa dan sesuai dengan pemakaian, kami disyorkan beberapa jenis kasut Footlink untuk kegunaan kami seharian. MrJocko memilih untuk mengenakan kasut sukan ini, bersesuaian dengan aktiviti aktif MrJocko bila berada di luar rumah dan untuk kerja seharian.
Tidak lupa, sebaiknya MrJocko mengenakan sekali stoking khas Footlink untuk keselesaan yang lebih serta penggunaan krim kulit yang membantu melembabkan kulit supaya sentiasa sihat.
Masa mula-mula MrJocko kongsi di Facebook beberapa minggu yang lepas, ramai member bertanya tentang kasut kesihatan ini. Ada yang sudah dapat info tersebut. Tetapi jika anda masih mencari kasut untuk ibubapa, rakan-rakan serta sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan kaki khususnya boleh hubungi Footlink. Untuk maklumat lanjut tentang kasut Footlink ini anda boleh ke lokasi ini :
FOOTLINK TO WELLNESS SDN. BHD (1061139-U)No.2, Jalan Seruling 36, Kawasan 3,
Taman Klang Jaya, 41200, Klang
Selangor Darul Ehsan , Malaysia.
Telephone: +6 03 3323 3636
Fax: +6 03 3323 3736
E-mail: info@footlinkonline.com
Facebook Fanpage : https://www.facebook.com/footlinktowellness/
Ini entry tentang review kasut kesihatan ini http://www.mrjocko.com/2016/05/review-kasut-kesihatan-footlink.html
Bagaimana review bila pakai kasut kesihatan Footlink ini? InsyaAllah MrJocko akan share di entry akan datang.
Pelawak terkenal Malaysia, Abam Bocey juga menggunakan kasut kesihatan Footlink. Katanya selesa memakai kasut Footlink memandangkan saiz kaki Abam Bocey ialah UK14.

golongan plaing sesuai untuk kasut macam ni adalah pesakit diabetes, sebab mereka memang amat memerlukan penjagaan kaki yang betul dan sihat
betul tu,,, ramai pesakit diabetes atau kencing manis selesa bila pakai kasut Footlink ini… harga pun jauh lebih murah dari kasut customize pesakit diabetes