Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kat Mana Nak Beli Baju Raya?

Puasa baru seminggu, tetapi Tawaran Jualan dengan diskaun sehingga 90% sudah banyak ditawarkan di shopping mall, butik-butik serta kedai-kedai pakaian seluruh Malaysia. Tambah-tambah di Kuala Lumpur, pusat jualan pakaian yang ada dengan pelbagai fesyen terkini dan cantik, sudah pasti banyak tawaran-tawaran jualan murah yang dibuat sempena dengan Ramadhan dan Syawal.
MrJocko sendiri belum ada idea nak beli baju raya kat mana tahun ini. Untuk wife dan anak-anak pun masih belum beli lagi. Biasanya kami tunggu tengah-tengah Ramadhan baru kami cari baju raya. Tetapi, faham-fahamlah, kalau dah dekat nak raya, biasanya banyak design yang cantik dan saiz akan cepat habis. Semua orang beli untuk hari raya.
Tambahan pula, kalau macam nak pegi shopping di mana-mana shopping mall ketika bulan puasa ni, selalunya orang memang ramai dan sesak. Kena pulak ada tawaran jualan murah, lagi la sesak. Walaupun sebenarnya meriah kalau beli-beli di bulan puasa ni pasal semangat raya tu berkobar-kobar.
Jadi rasanya untuk tahun ni, MrJocko nak cuba beli online. Lagipun kalau anda pernah dengar pasal Zalora, mesti anda tahu yang di Zalora juga ada banyak pilihan Baju Muslimah seperti Baju Kurung, Kebaya, Kaftan, Jubah, Hijab dan macam-macam lagi. Memang ada banyak pilihan kat sana.
Macam MrJocko sendiri, rasanya banyak pilihan yang up-to-date kat Zalora. Ingat nak tengok dulu baju kemeja kat Zalora. Nampak bergaya. Kemudian boleh dipadankan dengan seluar dan juga pilihan kasut. Memang banyak pilihan la kat sini, rambang mata nak pilih yang mana satu.
Nampaknya, ini lagi mudah kalau nak dibandingkan dari bersusah payah bersesak sewaktu jualan hari raya. Nampaknya tahun ni, MrJocko, wife dan anak-anak, boleh beraya dengan produk yang di beli dari Zalora 🙂
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.