Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kawasan Pelancongan Yang Selamat Di Thailand

Mungkin ramai yang mengetahui bahawa keadaan Politik di Thailand, khususnya bandaraya Bangkok tidak berapa stabil buat masa ini. Mungkin ramai yang pada asalnya bercadang untuk melancong ke Thailand, mula berubah fikiran untuk membatalkan trip mereka ke Thailand.

 

Sebenarnya, dalam keadaan sekarang, bandar yang terlibat dengan keadaan Politik yang tidak stabil ini hanya tertumpu di bandaraya Bangkok sahaja. Buat masa ini, banyak lokasi pelancongan di Thailand yang jauh dari Bangkok masih dalam keadaan selamat dan boleh dikunjungi. Selagi belum ada AMARAN Khusus, kawasan pelancongan di Thailand, selain Bangkok masih lagi selamat untuk dikunjungi.

 

 

 

kawasan selamat di Thailand

 

 

Antara lokasi yang anda masih boleh lawati di Thailand buat masa ini dengan selamat ialah Chiang Rai, Chiang Mai, Mae Hong Son, Khon Kaen, Kanchanaburi, Pattaya, Koh Samet, Koh Chang, Khao Lak, Koh Samui, Phuket, Hatyai dan banyak lagi. Semua ini anda boleh lawati dengan menggunakan penerbangan atau menaiki bas.

 

Di lokasi yang MrJocko sebutkan itu, banyak tarikan pelancong yang anda boleh lawati, seperti keindahan taman negara, pantai yang indah, laut dan juga pusat membeli belah yang murah bagi mereka yang ‘gila shopping’.

 

Jadi, jika anda nak ke Bangkok, Thailand, pilih la lokasi lain. Kalau nak pilih Pulau, sememangnya Phuket, Koh Samui, Koh Samet, Koh Lipe antara lokasi pulau peranginan yang terbaik di Thailand. Jom kita lawat Thailand, The Amazing Thailand.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.