Pertandingan Memasak KDU Power Chef 2013 – Final
|KDU University College dengan kerjasama beberapa sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah menganjurkan satu pertandingan memasak peringkat sekolah menengah yang dipanggil KDU Power Chef 2013. Bertempat di lokasi KDU University College, Kampus Damansara Jaya, telah berlangsung pertandingan akhir KDU Power Chef 2013 pada Sabtu, 20 April 2013.
Seramai 80 orang pelajar terlibat dalam pertandingan Power Chef 2013 ini tetapi hanya 12 pasukan sekolah sahaja yang layak ke pusingan Akhir. Setiap pasukan mempunyai 2 orang dan mereka dikehendaki memasak menu Akhir iaitu masakan western Pan-Roasted Stuffed Chicken Leg dan kentang dan sayuran bersama sos vanilla dan apple crumble. Menu hidangan tambahan ialah Sup Cendawan Campuran Puri.
MrJocko sempat meninjau semasa pertandingan KDU Power Chef 2013 ini dan teruja melihat semangat, kepakaran serta teknik memasak yang ditunjukkan oleh peserta akhir Power Chef 2013 ini. Walaupun mereka hanya berada di sekolah menengah tetapi dengan tunjuk ajar serta panduan yang di tunjukkan oleh Chef-chef Pengajar di KDU University College, mereka seakan-akan memiliki ciri-ciri seorang pakar kulinari yang hebat.
Lihat sahaja aksi mereka beraksi di dapur, cara mereka memotong ayam, sayuran dan teknik mereka memasak, memang menakjubkan. Bukan mudah dan sememangnya mereka semua amat berbakat di dapur.
Daripada kumpulan Akhir tersebut tersebut, hanya 5 pasangan sahaja yang dipilih untuk memenangi hadiah. Sudah tentunya mereka dari 5 pasangan terbaik antara yang terbaik. Hidangan akhir mereka memang nampak sedap dan menyakinkan. Para pengadil sendiri, mengakui yang hasil masakan mereka mempunyai nilai-nilai komersil dan punyai sentuhan seorang chef.
Keputusan pertandingan KDU Power Chef 2013, pasukan Sugar And Spice dari SMK Katholik menjadi JUARA dengan hadiah utama bernilai RM 4,000 baucar perjalanan beserta Trofi Utama. Diikuti oleh pasukan Ruby dari SMK USJ 4, menerima hadiah RM 2,000 baucer perjalanan, dan pasukan Le Merry Haijam Sri Aman dari SMK (P) Sri Aman, menerima hadiah RM 1,000 baucar perjalanan. Tempat ke-4 dan ke-5 diterima oleh pasukan Soft Paws dari SMK Taman Sri Rampai dan Pasukan Stitch dari SMK USJ 12, dan kedua-duanya memenangi RM 250 baucar membeli-belah. Tahniah kepada pemenang.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui aktiviti di KDU University College serta mendapatkan maklumat untuk sebarang program kerjasama, boleh terus menghubungi wakil KDU University College, Ms Evon Koh di talian 03-79536632 atau email evonkoh@kdu.edu.my atau best@kdu.edu.my.