ke Kebun
|Asal citer aku nak pegi Mancing. Alih2 Jumaat, Abg Rabas ajak aku pegi Kebun En Nasir, Boss aku. Jauh gak la kat Bentong. Sambil2 pegi petik buah yg dah masak dan tebas semak samun.
Aku ni jenis suka makan buah. Aperlagi, memandangkan petang Sabtu free, aku ikut jer la. Lagipun duk belakang. Rileks sampai Bentong.
Aku sampai umah Abg Rabas kul 12.30pm. Kejap jer En Nasir dtg pick up kitaorg dan terus ker Bentong. Singgah R&R Kedai makan Bentong lunch Nasi + Ikan Patin Gulai Tempoyak. Fuh! Ngancam betul… Kena lak dgn ulam dan sambal belacan. Tambah Budu. Memang kenyang beb.
Dr situ trus gerak ke Kebun, masuk susur jalan ke Fraser Hill, jalan lama nak ke KL. Dlm 15 minit kami sampai lepas mendaki bukit, jalan tanah merah dgn kenderaan pikap En Nasir.
Sampai jer, masing2 duk pegi petik dulu buah Rambutan yg ader. Lps smua dah ready, aku truskan keja kutik Rambutan, Abg Rabas & En Nasir turun menebas 2 row lereng bukit tu. Ader la 30 batang pokok durian yg sedang berbunga. 4 – 5 bulan lagi, bleh dtg balik, tunggu buah gugur…
Sedar dah kul 4pm, aku dah tak larat. Lepak kat atas sambil duk tgk bukit bukau. Pastu aku tgk dua2 org naik merangkak ke atas. Penat beb! dah la semak hutan tebal, pastu nak kena panjat lereng tinggi lak tu.
Aper pun, kul 7.30pm kitorg selamat sampai umah.