Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ke Korea Ke Kita Wak Jocko NSC Trip Public Mutual

Ke Korea Ke Kita Wak Jocko NSC Trip Public Mutual? Sedar tak sedar sudah memasuki bulan Mei dan seperti biasa, bulan Mei merupakan bulan PERCUTIAN PERCUMA untuk MrJocko setelah setahun berkerja keras dalam bidang Perundingan Unit Amanah.

Setiap tahun, syarikat di mana MrJocko bekerja, Public Mutual akan meraikan UTC (Unit Trust Consultant) yang berjaya mencapai target jualan ke Trip 1, Trip 2 dan Challenge Trip setiap tahun. Tahun ni, rezeki MrJocko ke Trip 2, Seoul, Korea Selatan. Ke Korea Ke Kita MrJocko??? 

Ke Korea Ke Kita

Ke Korea Ke Kita

Ke Korea ke Kita

Memandangkan ini adalah trip PERCUMA dan ia bertaraf 5 Bintang, kami tak risau sangat pasal urusan ground arangement di Korea. Ini kerana biasanya semua sudah di uruskan dengan sepenuhnya. Pasal makanan pun sebenarnya tak perlu risau. Pakej kami ialah pakej Halal Muslim ke Korea. Ada banyak lokasi makanan halal di Korea Selatan, jangan risau. Tetapi, MrJocko tetap bawa Maggi untuk masa-masa kecemasan :).

Inilah award yang biasa diterima oleh seorang Unit Trust Consultant. atau Kerjaya Sebagai Perunding Unit Amanah. Kalau cukup syarat, kami di raikan dengan meriah sekali. Trip ke Korea ini pun rasanya bernilai lebih dari RM4,000 kerana pakej Muslim selama 6 hari 4 malam di hotel bertaraf 5 bintang.

 

Ke Korea Ke Kita

Ada yang bertanya macamana nak dapatkan TRIP Percuma ini? MrJocko cakap, kena buat sales dan kena buat minima RM900,000 sales. Itu perkiraan mudah. Sebenarnya, kena buat kurang dari nilai RM900,000 sahaja. Nak tahu lebih lanjut boleh kita duduk sembang-sembang. Tahun lepas, MrJocko Berjaya Kumpul Sales sehingga RM1.8 Juta dan layak ke Trip 2.

Hasil kejayaan sales tahun 2013 tu la yang bawa MrJocko ke Korea Selatan. Kejayaan Capai Sales Target 2013. Dan semestinya ini semua kerana rahmat dan rezeki Allah. Sebab itu, selepas MrJocko resign 2 tahun lepas, MrJocko tak pernah menyesal dan akan terus kerja keras untuk Agency sendiri. 

So, baju dan barang sudah siap untuk ke Korea. Skang masa untuk setelkan urusan penting beberapa jam sebelum ke KLIA dan ke Seoul. Doakan urusan MrJocko hari ini dipermudahkan dan selamat pergi dan balik dalam trip KL-Korea-KL. Macam tak percaya, Ke Korea Ke Kita MrJocko???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.