Ke Mana Duit Zakat Di Agihkan?
|Seringkali orang ramai dan umum bertanya ‘Ke Mana Duit Zakat Di Agihkan?’. Seringkali juga persepsi masyarakat kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP disalah erti kerana mungkin mereka tidak menerima maklumat yang betul tentang tugas dan peranan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Sebab itu, sebagai manusia biasa, kita juga perlu mengetahui asas-asas dulu sebelum membuat persepsi dan komen tentang isu-isu semasa.
PPZ-MAIWP selalu dilabelkan sebagai badan yang hanya tahu mengutip wang zakat tetapi tidak mengagihkan duit zakat tersebut kepada tempat yang sepatutnya. Alasan kerana, ramai yang beranggapan masih ada lagi golongan orang miskin dan fakir di Kuala Lumpur, sedangkan pihak PPZ MAIWP mengutip duit zakat berjuta setiap tahun.
Mungkin ramai yang belum jelas lagi bahawa tugas PPZ MAIWP adalah untuk MENGUTIP Wang Zakat sahaja, tetapi tugas untuk AGIHAN Wang Zakat adalah di bawah tanggungjawab BAITUL MAL.
Baitul Mal Kuala Lumpur
Ke Mana Duit Zakat Di Agihkan?
Ini yang mungkin perlu diperjelaskan, ada banyak saluran yang telah mendapat banyak manafaat dan faedah dari sumbangan duit zakat yang dibayar oleh anda semua. Kalau di Kuala Lumpur antara yang menjadi penerima tetap sumbangan duit zakat daripada kutipan PPZ-MAIWP ini termasuk Pusat Jagaan Anak-anak Fakir dan Miskin dikenali sebagai Darul Kifayah di Gombak, Institut Kemahiran Baitul Mal Kampung Pandan, Institut Professional Baitul Mal Kampung Pandan, Darul As Saudah Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Sebagai contoh, untuk kos operasi Darul Kifayah di Gombak sahaja, pihak Baitul Mal memperuntukkan lebih dari RM2 juta setahun untuk kos penjagaan kira-kira lebih 500 pelajar yang berada di Darul Kifayah. Di sini, anak-anak dari golongan Asnaf ini diberikan tempat penginapan, pembelajaran sekolah dan juga makan minum serta kos-kos lain.
Begitu juga dengan agihan wang zakat dari kutipan PPZ-MAIWP di gunakan oleh Baitul Mal untuk menampung kos pengajian lebih dari 2,000 orang pelajar setiap semester di Institut Kemahiran Baitul Mal dan juga Institut Professional Baitul Mal di Kampung Pandan yang mana ia memperuntukkan nilai agihan wang zakat yang banyak setiap tahun. Pihak Baitul Mal menanggung kos pengajian wajib untuk pelajar-pelajar ini setiap semester termasuk kos elaun bulanan untuk sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan (asnaf).
Ini tidak termasuk kepada agihan wang zakat dari pihak Baitul Mal kepada Asnaf dan mereka yang layak di kaunter Baitul Mal seluruh Kuala Lumpur, bayaran bantuan kepada asnaf setiap bulan, bayaran kepada penerima yang tertentu apabila menerima musibah dan banyak lagi.
Sekiranya anda ada masa, boleh singgah di mana-mana Kaunter Baitul Mal Kuala Lumpur seperti di Kaunter Baitul Mal Bangunan UTC atau Kaunter Baitul Mal Kampung Baru untuk melihat sendiri bagaimana cara mereka menguruskan kerja-kerja pengagihan wang zakat ini.
Ya, bukan senang untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini kerana perlu kita ingat, duit zakat ini adalah duit dari amanah pembayar zakat dan pihak Baitul Mal sedaya upaya melakukan kerja dengan sebaiknya supaya duit tersebut akan diserahkan kepada ‘MEREKA YANG LAYAK SAHAJA’.
Bagi kita yang wajib menunaikan zakat, tiada alasan sebenarnya yang boleh kita beri jika tidak membayar zakat. Ada banyak inisiatif yang dilakukan oleh pihak PPZ-MAIWP untuk memudahkan kita untuk membayar zakat setiap tahun, selama 365 hari. Antara yang pihak mereka usahakan ialah dengan :
- Memperkenalkan laman portal www.zakat.com.my
- Aplikasi Smartphone i-zakat
- Kaunter Pungutan Zakat PPZ-MAIWP seluruh Kuala Lumpur
- Perbankan Internet bagi hampir semua Bank Tempatan
- Skim Thohir – Skim potongan zakat secara gaji bulanan
- Kaunter Zakat Bergerak di Kuala Lumpur
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang fungsi dan peranan pihak PPZWP dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :
1. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan = http://www.zakat.com.my
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) =
http://www.maiwp.gov.my/i/in…/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = https://www.facebook.com/myzakat/
5. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP (pertanyaan berkenaan pembayaran zakat) talian = 1-300-88-5757
6. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP = https://www.facebook.com/baitulmal.wp
7. Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP (pertanyaan berkaitan agihan,bantuan,aduan) talian = 1-800-88-5222/ 012-518 3614/ 012-512 7614