Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keadaan Jerebu Bahaya Untuk Kanak-kanak

Keadaan Jerebu Bahaya Untuk Kanak-kanak

 

Sekali lagi negara kita Malaysia, diserang dengan keadaan Jerebu yang semakin teruk bermula dari Johor sehingga membawa ke Pulau Pinang. Kita di Kuala Lumpur lagi teruk. Setakat ini, dengar cerita, di Johor banyak lokasi yang kualiti udaranya teruk dan diliputi jerebu yang membahayakan manusia.

 

Kesan jerebu seperti ini amat merbahaya kepada kanak-kanak, orang tua, mereka yang mempunyai penyakit seperti Asma Paru-paru, perokok dan juga mereka yang banyak aktiviti luar. Sebab itu, jika anda tergolong dalam golongan ini, sila berhati-hati.

 

Kesan dari jerebu membuatkan mata anda kerap pedih dan berair, hidung berair, kulit gatal-gatal, sakit kerongkong dan mengalami sakit dada yang kerap. Jika ada kesan-kesan penyakit seperti ini sila dapatkan nasihat doktor anda.

 

Kurangkan aktiviti luar buat sementara waktu. Sebaiknya duduk di rumah dan tutup pintu-pintu yang tidak perlu. Perbanyakkan minum air suam dan duduk dirumah jika tiada hal lain yang lebih penting.

 

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.