Kebenaran Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021 Jom Travel
|Berita terbaik untuk tahun 2021. Terkini, kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober 2021. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam pengumuman Khas hari ini jam 3.00 petang. Selepas menunggu lebih 20 bulan dan diduga dengan perlaksanaan PKP, PKPD, PKPB, PKPP dan Fasa Pelan Pemulihan Negara akhirnya kini kita semua sudah bebas. Apa lagi? Jom Travel Balik Kampung.
Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksin lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran pihak PDRM bermula Isnin, 11 Oktober 2021.
Namun, kebenaran ini tidak terpakai kepada kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD).
Baca : Lengkap Dua Dos Vaksin Bila Rakyat Malaysia Boleh Travel?
Kebenaran Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021 Jom Travel
Ribuan rakyat menanti sabar untuk menyaksikan sendiri, Sidang Media Khas YAB Perdana Menteri pada petang ini, 10 Oktober 2021 (Ahad) bermula jam 3.00 petang.
Alhamdulillah, berita baik yang ditunggu-tunggu oleh semua menjadi kenyataan. Tahniah pihak Kerajaan, semua frontliners dan juga kebanyakkan rakyat Malaysia yang telah menjadikan usaha kita semua berhasil.
Pengumuman petang ini memaklumkan bahawa bermula esok, rakyat Malaysia boleh merentasi sempadan dan juga boleh melancong keluar negara tanpa memerlukan surat kebenaran daripada pihak PDRM atau pihak lain.
Paling penting, hanya perlu cukup syarat asas, lengkap dos vaksin dan melebihi 14 hari selepas dos kedua Vaksin Covid-19.
Kebenaran Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021
Untuk kepastian juga, semua remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak juga dibenarkan untuk merentas negeri walaupun belum menerima vaksin COVID-19. Namun harus dibawah penjagaan orang dewasa yang telah lengkap vaksin.
Harus diingatkan, walaupun kita telah dibenarkan merentas negeri namun sentiasalah menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat kita.
Berikut adalah Sorotan Utama dalam Pengumuman Khas TAB Perdana Menteri Malaysia
1. Rentas negeri dibenarkan kepada individu lengkap vaksinasi berkuat kuasa pada 11 Oktober. Namun, tidak terpakai di kawasan Perintah Kawalan Pergerakn Diperketatkan (PKPD).
2. Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak juga dibenarkan untuk merentas negeri walaupun belum menerima vaksin COVID-19.
3. Tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu dikeluarkan bagi kelonggaran rentas negeri, khususnya negeri yang belum mencapai kadar vaksinasi 80 peratus.
4. Ujian saringan COVID-19 tidak diwajibkan, tetapi digalakkan untuk tujuan rentas negeri termasuk balik kampung.
5. Tiada Sekatan Jalan Raya (SJR) khusus untuk tujuan rentas negeri, tetapi pihak polis boleh membuat pemeriksaan secara rawak termasuk di kawasan Rehat dan Rawat (RnR).
6. Kerajaan setuju membenarkan rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi melakukan perjalanan ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan, tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
7. Sempadan antarabangsa masih tidak dibuka kepada pelancong asing, kecuali kecemasan, perniagaan dan urusan rasmi.
8. Kerajaan belum menetapkan bila negara akan beralih kepada fasa endemik.
9. Kerajaan tidak akan menarik balik kebenaran rentas negeri meskipun berlaku peningkatan kes. Sebaliknya, penutupan bersasar akan dilakukan.