Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kebudayaan Orang Russia Budaya Kaum Seni Dan Kraftangan

Cerita tentang negara Russia agak menarik sebenarnya kerana ia punyai pelbagai gabungan budaya, kaum, seni dan kraftangan tradisional. Sebab itu, negara ini punyai banyak hasil seni dan kepelbagaian budaya yang menarik untuk pelancong terokai. Untuk pengenalan, kita lihat sedikit sahaja, teaser Kebudayaan Orang Russia Budaya Kaum Seni Dan Kraftangan.

Sudah tentu rakyat Russia Moden, sudah jauh berbeza dengan cara hidup tradisional Russia yang dulu. Namun, seperti orang Malaysia juga, mereka masih lagi mengamalkan budaya tertentu dan memakai pakaian tradisi masing-masing dalam upacara tertentu.

kebudayaan orang russia

 


Kebudayaan Orang Russia Budaya Kaum Seni Dan Kraftangan

kebudayaan russia matryoshka dolls
Matryoshka Dolls

Masyarakat Rusia terdiri daripada 160 kelompok etnik dan pribumi yang berbeza. Kaum Rusia yang mengamalkan tradisi Ortodoks Slavik, Tatar dan Basykir dengan budaya Muslim Turkik, kaum nomad Buryat dan Kalmyk yang beragama Buddha, penganut kepawangan di Utara Jauh dan Siberia, masyarakat tanah tinggi di Kaukasus Utara, orang Fino-Ugrik di Timur Jauh Russia dan Kawasan Volga, semuanya menyumbang kepada kepelbagaian budaya negara gergasi ini.

Puak Slavik atau orang Slav merujuk kepada kumpulan etnik dan bahasa yang tergolong di dalam keluarga Indo-Eropah, yang majoritinya tinggal di Eropah Timur. Info tentang Tatar dan Basykir pula tak banyak informsi dalam internet. Yang MrJocko faham, Basykir antara masyarakat di Russia yang ramai orang Muslim.

kebudayaan russia

kebudayaan russia
Dymkovo
kebudayaan russia Khokhloma
Russia Khokhloma

Orang Russia Budaya Kaum Seni Dan Kraftangan

Hasil kraftangan, seperti mainan Dymkovo, Khokhloma, Gzhel dan miniatur Palekh melambangkan aspek penting dalam kebudayaan rakyat Rusia. Antara pakaian tradisional etnik Rusia ialah kaftan,kosovorotka dan ushanka untuk lelaki, sarafan dan kokoshnik untuk wanita, dengan lapti dan valenki sebagai kasut. Pakaian Kossak dari Rusia Selatan pula merangkumi Burka dan Papaha yang dikongsi bersama kaum-kaum Kaukasus Utara.

Pakaian Tradisional Orang Russia
Pakaian Tradisional Orang Russia
muzik tradisional russia gusli
Muzik Tradisional Russia Gusli
muzik tradisional russia Balalaika
Muzik Tradisional Russia Balalaika

Baca : Tempat Menarik di Russia

Pelbagainya kelompok etnik Rusia bermakna bermacam-macam juga tradisi muzik rakyatnya. Antara alat-alat muzik etnik Russia ialah gusli, balalaika, zhaleika dan garmoshka. Muzik rakyat banyak mempengaruhi penggubah klasikal Russia, dan pada zaman moden ia juga merupakan punca ilham bagi beberapa pemuzik rakyat, termasuk Melnitsa. Lagu-lagu rakyat Russia dan juga lagu-lagu patriotik Soviet menjadi bahan utama persembahan koir Tentera Merah yang terkenal.

Warga Russia gemar bermandi dalam ‘Banya’, sejenis mandian panas yang serupa dengan sauna. Budaya rakyat Russia berakar-umbikan agama Slavik. Banyak cerita dongeng Russia dan kisah epik bylina telah diadaptasi dalam bentuk animasi ataupun filem cetera oleh para sutradara handalan seperti Aleksandr Ptushko (Ilya Muromets,Sadko) dan Aleksandr Rou (Morozko, Vasilisa sang Rupawan). Para pemuisi Russia seperti Pyotr Yershov dan Leonid Filatov menyampaikan semula cerita dongeng klasik secara puitis, ataupun membuat puisi cerita dongeng asli yang tersohor seperti Alexander Pushkin.

InsyaAllah, kalau ada rezeki, teringin sangat ni nak teroka tempat menarik di Russia. Mungkin destinasi pertama untuk ke Moscow.

Sumber : Wikipedia Kebudayaan Russia

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.