Kecoh Isu Piket Nube Dan Staff CIMB Di CIMB Sogo
|Kebetulan tengahri tadi, MrJocko nak ke Jalan TAR bawa Mak, Wife dan famili lain untuk jalan-jalan kat area Sogo dan Jalan TAR, terserempak dengan satu kumpulan NUBE dan Staff CIMB yang tengah mengadakan PIKET betul-betul di hadapan bangunan CIMB dan Sogo KL.
Antara isu utama katanya, ada penindasan oleh pihak Human Resource kepada staff dan ia memang menjadi kemarahan semua yang terlibat.
CIMB terhadap staff yang hamil dan mereka tidak berpuas hati. Antara isu lain, isu bonus dan juga hak hak sebagai staff dan pekerja. Ada staff CIMB yang boleh jelaskan isu sebenar???
Jom lihat gambar-gambar Isu Piket Nube yang mana hampir 200 orang dari kumpulan NUBE dan Staff CIMB mengadakan PIKET aman di hadapan CIMB Sogo KL hari ini, 15 Disember 2012.

Bole layari fb nube malaysia utk cerita disebalik piket ni…n next picket will be announce soon..
kesian pekerja nube..semakin tertindas…
Sebenarnya kejadian2 yg berlaku tu ada benarnya dan rasanya memang ada ketidak-adilan dari pihak pengurusan bank. Tapi salahnya piket ini adalah kerana Solomon telah menggunakan platform ini utk kepentingan politik pembangkang.
Rozita – Tq
Iman – pekerja Bank yg bukan NUBE lagi kesian, hahaha
unknown – ooo gitu asalnya,,,
Macam2 sekarang ni…..
nasib baik tak jadi rusuhan..hehehe
MrJocko rasa ada betul juga kalau mereka buat piket aman,,, mereka menuntut apa yg mereka rasa tidak adil bagi mereka,
Jgn sampai ada huru hara,,,
Majikan pula, kalau tak salah, tak perlu takut,,, kan?