Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kedai Kasut ABC-Mart Ameyoko Street UENO Tokyo

Sudah banyak kali saya kongsi tentang tempat shopping menarik di Jepun. Terutamanya di Tokyo, ada banyak kedai kasut yang jual model kasut yang terkini, cantik dan murah berbanding di Kuala Lumpur. Seperti yang pernah saya kongsi sebelum ini, kali ini kami shopping kasut di Kedai Kasut ABC-Mart Ameyoko Street UENO.

Ada banyak kedai kasut dengan jenama ABC-Mart di Ameyoko Street UENO ini. Setiap kedai ada kelebihan masing-masing dan saiz bergantung kepada stok. Menariknya, kalau satu kedai ABC-Mart yang satu ini tak ada saiz, mereka boleh sahaja ambil stok di kedai lain yang berdekatan.

Baca : Kedai ABC Mart di Tokyo Jepun Jual Kasut Murah

Kedai Kasut ABC-Mart Ameyoko Street UENO

Kedai Kasut ABC-Mart Ameyoko Street UENO 01 copy
 

Kalau nak beli kasut di ABC-Mart di Jepun, pastikan anda ke bahagian SALE dahulu. Biasanya dikawasan ini ada banyak model yang cantik dan masih lagi model keluaran Up-To-Date yang dijual jauh murah berbanding harga jualan asal. Kalau anda bernasib baik, ada yang dijual sehingga diskaun 50% – 70%. Sangat Murah.

Lihat sahaja contoh kasut yang diberikan harga diskaun sehingga 50% ini. Banyak rekaan kasi ini adalah model yang masih baru dan cantik. Manakala beberapa rekaan lain adalah jenis model kasut keluar lebih dari 3 bulan yang lepas. Itu dah kira outdated bagi orang Jepun.
 

Kedai Kasut ABC-Mart Ameyoko Street UENO 01 copy

Kedai Kasut ABC-Mart Ameyoko Street UENO 04

Kedai Kasut ABC-Mart Ameyoko Street UENO 03
 

Jangan risau, kasut-kasut yang dijual di sini adalah 100% produk original dan memang legit. Jangan kata kasut, pakaian, aksesori atau apparel lain pun memang original. Beli tanpa was-was kata orang Malaysia.

Nak cari kasut NMD, Vans, Timberlands dan banyak kasut lain, boleh la datang ke mana-mana ABC-Mart Jepun.

Nak lihat pelbagai model kasut murah di Jepun, boleh layari laman web ABC-Mart Jepun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.