Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kedai Pisau Kanesoh Terkenal Di Asakusa Nakamise Street Tokyo

Mereka yang mencari kelainan dan ciri orang Jepun yang asli, mungkin boleh singgah di sini. Ia sebuah kedai pisau popular di Tokyo. Inilah Kedai Pisau Kanesoh Terkenal Di Asakusa Nakamise Street Tokyo. Kat sini, ada pelbagai peralatan tajam berasaskan besi buatan asli Jepun.

Kedai Pisau Kanesoh (ada sesetengah memanggilnya dengan nama Kanesou) telah bermula sejak tahun 1873 di kawasan terkenal ini, Nakamise Shopping Street. Kedai ini, ada banyak paparan koleksi pisau, parang, golok, pedang, gunting, pemotong, ketip kuku dan pelbagai lagi dengan kualiti terbaik namun harga mampu milik.

Baca : Asakusa Nakamise Shopping Street Tempat Shopping Cenderahati di Tokyo

Kedai Pisau Kanesoh Terkenal Di Asakusa Nakamise Street Tokyo

Kedai Pisau Kanesoh Terkenal Di Asakusa Nakamise Street Tokyo
 

Kebiasannya, mereka yang minat dengan hasil kraf besi di Jepun ini akan mencari pisau dan pemotong yang berkualiti untuk dibawa pulang ke Malaysia. Umum sedia tahu, dengan kualiti besi pisau yang baik dan berkualiti, ia akan menjamin ketajaman dan ketahan pisau tersebut bertahun-tahun.

Pisau Jepun yang paling laris jualan dan dicari pengumpul ialah ialah Gyuto. Ia adalah pisau yang bermaksud “pedang daging”. Ini kerana ia pada mulanya direka untuk memotong daging. Kualiti pisau ini dikatakan setara atau lebih baik dari Chef Knife yang selalu digunakan oleh Tukang Masak Eropah.
 

Baca : Kat Mana Tempat Beli Jam G-Shock Murah di Jepun

Kedai Pisau Kanesoh Terkenal Di Asakusa Nakamise Street Tokyo 05

Kedai Pisau Kanesoh Terkenal Di Asakusa Nakamise Street Tokyo 02

Kedai Pisau Kanesoh Terkenal Di Asakusa Nakamise Street Tokyo 04
Pengetip Kuku Jepun

Kedai Pisau Kanesoh Terkenal Di Asakusa Nakamise Street Tokyo 06
Pemotong Pisau Jepun

 

Saya sendiri membeli beberapa bilah pisau Pemotong Daging dan Pemotong Buah. Harga sangat berbaloi. Kualiti besi yang ditempa memang sangat-sangat bagus. Siap dengan sarung dan rekaan simple bersaiz 6 inci.

Kalau beli pisau yang lebih mahal, kedai pisau Kanesoh Asakusa ini memberi perkhidmatan menempa nama secara PERCUMA. Namun, ketika kami sampai, mereka tidak dapat menempa nama atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
 

Kedai Pisau Kanesoh
Pisau Pemotong Buah Jepun

Kalau nak lagi senang cari lokasi kedai pisau di Asakusa ini boleh cari di carian Google Map Nakamise Shopping Street (Orange Street). Ia terletak di alamat Kaneso, 1 Chome-18-12 Asakusa, Taito City, Tokyo 111-0032, Japan.

Layari laman web rasmi mereka di Kanesoh Asakusa Japan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.