Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket

Bersebelahan dengan Stesen Kereta Nishi-Chiba ada Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket. Komuniti Muslim di kawasan Chiba, khususnya pelajar atau pekerja asing yang beragama Islam di sini pasti akan lebih yakin kalau membeli di kedai runcit halal di Nishi-Chiba ini. Ia dibangunkan dengan kerjasama NPO (Non-Profit Organization – Muslim) untuk memberi servis dan produk halal kepada penduduk yang beragama Islam.

Ia terletak di Tingkat 1, yang mana di bangunan Chiba Cultural Islamic Center (CICC). Ada kemudahan kedai runcit halal dan juga restoran dan cafe halal untuk semua, khususnya mereka yang beragama Islam.

Baca : Shopping Mall AEON Terbesar Di Jepun

 


Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket 01

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket 04
 

Ada banyak produk halal muslim di jual di kedai halal ini. Antara yang ketara, ialah jenama produk-produk makanan yang banyak dijual di Malaysia, termasuk produk makanan segera Mamee dan produk sos dan kicap buatan Malaysia.

Tidak kurang juga, produk makanan halal dari Indonesia, produk makanan halal dari India, produk halal dari Korea dan juga semestinya produk halal yang dibuat di negara Jepun sendiri.

Ada banyak pilihan yang boleh pembeli beli di sini termasuk pilihan daging ayam halal dan juga daging lembu halal. Rempah-rempah terpilih juga turut dijual di sini dan ia boleh dikatakan sudah lengkap untuk anda jika nak memasak makanan halal di rumah.

Sudah pasti ‘target mereka’ ialah kumpulan pelajar-pelajar Muslim yang belajar di sekitar bandaraya Chiba, pekerja Muslim dan juga penduduk yang beragama Islam. Tambahan pula, CICC ini antara lokasi yang aktif dalam pembangunan komuniti Muslim di Chiba, Jepun.

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket 02

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket 03

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket 05

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket 06

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket 08
 

Halal Supermarket Nishi Chiba

Chiba city is one of Muslim-Friendly city in Kanto area. Besides of tourists visit, many Muslims are living in Chiba, makes demand of halal products is increasing there.
As an answer for Muslim demand of halal products in Chiba, started from August 8th 2017, new halal shop “My Outlets” is now open in Nishi-Chiba. My Outlets, which located in the 1st floor of Chiba Islamic Cultural Center building, not only selling halal products as halal shop, they are also operating café that offer delicious halal foods.

Address : CICC Building 4F Matsunami 2-6-2 Chuo-ku, Chiba-shi, Chiba-ken
Open : Monday – Saturday 9:00~20:00 and Sunday 9:00~18:00
Close : Wednesday
Tel : 080-6929-5538
Email : info@cicc-japan.com

Di kafe My Outlets Nishi Chiba, anda boleh menikmati ramen dan kebab halal! Sudah tentu, semuanya dibuat dari bahan yang disahkan halal. Selain itu, sangat senang mengetahui bahawa makanan di sini boleh didapati dengan harga yang murah berbanding lokasi lain.

Wi-Fi disedikan percuma di dalam kedai, supaya pelanggan dapat menikmati melayari internet sambil menikmati makanan lazat mereka. Lagipun, mereka juga mempunyai kakitangan Muslim dari Indonesia untuk membantu anda.

Kalaulah singgah di Stesen Nishi-Chiba, ambil peluang rasa sendiri menu halal yang sedap dan murah di My Outlets CICC.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.