Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keghairahan Pemanduan Bersama Scuderia Ferrari Dan Shell

Shell telah membawa pemandu dari pasukan Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel dan Esteban Gutiérrez di Malaysia dengan memandu Ferrari California T sebagai sebahagian daripada sesi Shell V-Power : Eksperimen Sains Keghairahan Memandu untuk mengukur keseronokan pemanduan sebenar.

 

Percubaan Shell kali ini melibatkan Juara Empat kali Formula One World Champion™, pemandu Scuderia Ferrari Sebastian Vettel, pemandu Scuderia Ferrari Ketiga Esteban Gutiérrez dan pemilik kenderaan yang bertuah untuk mencuba kehebatan kuasakan Shell V-Power.

 

“Saya masih suka perasaan dan sensasi hanya ketika memandu. Jelas sekali, lebih petrol yang digunakan, kenderaan anda menjadi semakin baik. Jadi, jika anda memandu dalam Ferrari, anda sangat bertuah. Mereka membina yang terbaik “, katanya Vettel.

 

 

SHELL Membawa Pelumba Scuderia Ferrari Berkongsi Rahsia
Keghairahan Pemanduan Bersama Scuderia Ferrari Dan Shell

 

 

Dalam sesi bengkel ringkas anjuran Shell ini, banyak yang dikongsi oleh pelumba-pelumba hebat dari pasukan Scuderia Ferrari ini bersama media dan mereka yang bertuah. Antara yang dikongsi adalah kesan peningkatan degupan jantung apabila anda memandu dan juga kadar pernafasan yang berbeza apabila memandu kereta lumba Formula 1 berbanding pemanduan biasa.

 

Sesi ini juga menerangkan bahawa kelebihan dan prestasi bahan bakar Shell lebih-lebih lagi Shell V-Power untuk pengalaman pemanduan kereta yang sebenar.

 

MrJocko pernah cuba menggunakan petrol Shell V-Power RON97 ini dari Kuala Lumpur menujua Johor Bahru dan dari Kuala Lumpur menuju Pulau Pinang dengan kadar kelajuan purata sekitar 110km/j. Ternyata ia menjimatkan berbanding menggunakan RON95 yang biasa.

 

Jika nak lebih jimat, pastikan anda memandu dengan purata kelajuan bawah 80km/j dan ia memang menjimatkan petrol anda. Cuba lah!!!

 

Sememangnya MrJocko sudah lama menggunaka petrol dari Shell dan sangat berpuas hati. Anda bagaimana? Petrol mana yang menjadi pilihan anda?

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.